Followers

Sunday, November 13, 2011

CINTA DARMIA 11


Darmia membuka perlahan pintu rumah banglo milik majikannya itu. Sejak kebelakangan ini tidak banyak kerja yang harus dilakukan. Tapi hari ini dia harus menjalankan satu tugas baru iaitu memasak. Tapi kata Haliza hari ni dia tidak perlu masakkan sarapan kerana Haliza telah membawa sarapan untuk Khairul Amir. Jadi seperti biasa Darmia datang tepat jam 9 pagi. Setelah siap mengemas, Darmia meninjau-ninjau keseluruh banglo itu. Tiba-tiba kakinya terhenti didepan pintu bilik kerja majikannya. Terdetik dihati untuk melihat bilik kerja majikannya. Apasalahnya. Bukannya aku nak ambil barang dia. Cuma nak tengok-tengok je. Bisik hati kecil Darmia. Perlahan pintu bilik dibuka. Besarnya bilik ni. Satu keluarga boleh duduk kat bilik ni je. Dipandang sekeliling bilik. Agak kemas. Bilik sendiri tahu pulak kemas. Ngomel Darmia. Terdapat beberapa rak yang penuh dengan buku. Disudut lain terdapat sebuah meja kerja lengkap dengan komputer. Mata Darmia tertarik ke satu sudut di tengah-tengah bilik. Terdapat sebuah meja kaca. Disitu berdiri megah sebuah replika rumah yang cantik. Mmm. Orang kaya, citarasanya pun besar. Desis hati Darmia. Tidak lama kemudian dia beralih ke arah dinding di sebelah kirinya. Disitu tergantung gambar besar. Terasa hendak pitam melihat gambar tersebut. Tak mungkin. Peluh terasa memercik membasahi tubuh. Direnungnya lama wajah lelaki yang segak bergaya dengan kot hitam dan tali leher berbelang-belang duduk di kerusi sedang tersenyum seperti memandangnya. Tidak mungkin. Tidak mungkin dia. Kaki Darmia pantas bergerak. Ingin segera meninggalkan banglo besar itu. Tidak mahu bertemu dengan lelaki itu. Sungguh dia benci memandang lelaki itu. Dia meluat. Lelaki yang tidak tahu bertanggungjawab. Belum sempat kakinya melangkah keluar dari bilik itu, langkahnya terhenti. Lelaki di dalam gambar itu berdiri betul-betul di depan pintu. Begitu tajam renungan mata lelaki itu padanya. Terasa seolah-olah mimpi menjadi realiti. Darmia tidak pasti apa yang bermain di minda lelaki itu saat ini. Mungkin terkejut atau mungkin marah kerana mengcerobohi biliknya tanpa kebenaran. Tapi bagi Darmia, alangkah baiknya jika dia boleh ghaib dari pandangan tajam lelaki itu. Terasa getaran di tubuhnya. Mereka saling berpandangan. Pandangan yang berbeza. Bercampur aduk. Pantas Darmia menundukkan kepala. Berharap lelaki itu sudah melupakan wajahnya.

“Kau...?” berkerut dahi Khairul Amir memandang Darmia yang kaget. Khairul Amir cuba memerah otak mengingati siapakah gadis yang berada di depannya. Rasa ingin tahu mengatasi rasa marah kerana mencerobohi hak peribadinya. Dia pernah lihat gadis itu. Tapi tidak tahu di mana.

“Maaf Encik, saya tak berniat.....” kata-kata Darmia mati. Tidak tahu apa sepatutnya yang harus dilafazkan. Hanya debaran kencang menghentak dadanya. Lelaki itu masih setia merenungnya. Agaknya cuba mengingati siapa gadis misteri dihadapannya. Darmia ingin pergi dari situ, namun dia tidak tahu bagaimana untuk dia pergi dari kamar mewah itu kerana lelaki itu berada betul-betul dimuka pintu kamar. Menghalang laluannya. Darmia memandang wajah lelaki itu dengan rasa takut. Ada api kemarahan dan rasa takut dimata Darmia. Perasaan benci begitu menebal di hati Khairul Amir. Dia ingat kini. Perempuan inilah yang telah menjatuhkan maruahnya 4 tahun lalu. Hampir dia lupa pada wajah gadis polos yang membawanya ke kancah penghinaan. Terasa begitu sakit apabila dihina. Wajah gadis yang telah lama ditinggalkan itu masih lagi kembali terlayar di ruang mata. Tidak di sangka gadis itu telah banyak berubah.

“Tak sangka kau muncul balik depan mata aku. Aku ingatkan kau dah mampus” ucap Khairul Amir sambil memandang tepat gadis di depannya.

“Kau buat apa kat sini hah” tengkingan Khairul Amir bagai halilintar yang mengejutkan Darmia. Tidak disangka dia akan bertemu kembali dengan gadis itu. Perlahan airmata Darmia jatuh ke pipi. Dia terasa takut. Terasa bagai berada di dalam kepungan binatang buas yang ingin membahamnya.

“Apa kau buat kat sini. Tak puas lagi ke kau malukan aku dulu” nada suara Khairul Amir masih meninggi. Darmia hanya diam. Yang kedengaran hanya esak tangisnya.

“Diam” tengking Khairul Amir. Kakinya melangkah setapak dua kedepan pantas sekali kaki Darmia berundur.

“Tolong jangan apa-apakan saya. Saya rayu.” keluar jua kata-kata dari mulut Darmia. Bimbang benar apabila lelaki itu makin hampir. Ada rasa belas dihati Khairul Amir melihat wajah pucat Darmia. Perempuan itu kelihatan begitu takut. Pantas perasaan itu di tepis.Kerana perasaan itulah dia terpaksa menerima hukuman diatas kesalahan orang lain. Perempuan seperti ini tidak perlu di beri muka. Terlalu pandai berlakon. Fikir Khairul Amir.

“Jadi kau datang sini jadi orang gaji aku. Tak berjaya kikis harta aku kau buat helah baru pulak.”tempelak Khairul Amir. Hanya itu yang terlintas di fikirannya. Apalagi yang gadis kampung seperti Darmia inginkan selain daripada hartanya.

“Apa pulak rancangan kau kali ni?” bertalu-talu soalan yang diajukan. Darmia sekadar menggeleng kepala. Menidakkan kata-kata lelaki itu. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Hatinya meronta-ronta untuk terus melarikan diri. Tapi kedudukan Khairul Amir menghalang langkahnya. Khairul Amir berang. Wajah ketakutan Darmia seakan mengejeknya. Sudah lupa kerja penting di pejabat. Pantas tubuh Darmia disambar dan ditolak kuat ke dinding. Darmia terasa belakangnya sakit. Dia semakin gerun.

“Cakap apa kau nak?” tangan Darmia yang cuba menolak tubuhnya dicengkam kuat ke dinding. Tubuh Khairul Amir mengepung Darmia agar gadis itu boleh bergerak. Kali ini dia ingin memaksa gadis itu untuk bersuara.

“Tolonglah encik. Saya tak nak apa-apa. lepaskan saya. Saya janji takkan muncul depan encik lagi. Tolonglah.” Darmia merayu. Tangisannya semakin menjadi-jadi.

“Bohong. Aku tahu kau nak sesuatu dari aku. Sebab tu kau datang sini. Kau nak apa? Nak duit? Nak harta?” soal Khairul Amir langsung tidak dipedulikan wajah ketakutan gadis itu. Terus-terusan dia mendesak Darmia.

“Lepaskan” Darmia masih berusaha melepaskan diri dari cengkaman tangan kasar Khairul Amir.

“Kau ingat aku akan lepaskan kau senang-senang saja?. Jangan harap. Aku nak kau bayar balik apa yang dah kau buat pada aku.”

“Macam mana saya nak bayar, saya tiada apa-apa untuk di berikan pada encik. Saya tak ada harta” rayu Darmia. Dia cuba menguatkan diri untuk bersuara.

“Siapa kata aku nak harta kau. Mana mungkin perempuan kampung bermata duitan macam kau ada harta. Kalau kau ada harta takkan jadi perempuan murahan kan. Perangkap lelaki untuk hidup senang” lantang khairul Amir menghamburkan bicara.

“Habis apa yang encik inginkan?”

“Aku rasa kau tak layak untuk jadi orang gaji tapi kau lebih layak untuk jadi hamba aku sepanjang hidup.” Kasar kata-kata Khairul Amir.

“Tak nak. Saya datang ke sini dengan niat mencari rezeki. Sikit pun tiada niat untuk menyusahkan encik.” perlahan suara Darmia. Rasanya dia tidak berhutang apa-apa pada lelaki itu. Dia tidak mahu diperkotak-katikkan oleh lelaki itu. Dia juga punya maruah.

“Apa kau cakap?” sengaja Khairul Amir mendekatkan wajahnya. Darmia memalingkan mukanya. Dia cuba meronta. Tapi tidak berjaya tanganya terasa sakit kerana cengkaman Khairul Amir yang kuat.

“Kau dengar sini baik-baik. aku takkan biarkan hidup kau senang selepas kau susahkan hidup aku. Kau dah buat aku malu dulu. Kau letak maruah aku kat tapak kaki kau. Sekarang kau pulak rasa apa yang aku rasa” bisik Khairul Amir di telinga Darmia. Meremang bulu roma Darmia mendengarnya. Darmia mengumpulkan seluruh tenaganya untuk menolak tubuh Khairul Amir. Tiada apa lagi yang perlu di perkatakan pada lelaki itu. Segala kata-katanya adalah bohong bagi lelaki itu. Disepaknya kuat kaki lelaki itu. Tubuh Khairul Amir yang sudah tidak stabil itu ditolak kuat hingga lelaki itu terjatuh ke lantai. Pantas Darmia lari. Langsung tidak memandang ke belakang lagi. Dia mahu pergi jauh daripada lelaki itu. Khairul Amir mengerang kesakitan. Darmia terus lari. Dia perlu meninggalkan banglo itu. Dia nekad tidak akan kembali lagi ke situ.

“Tak guna!”kedengaran suara Khairul Amir bertempik dari tingkat atas. Geram benar hatinya. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu yang bersinar dilantai bilik. Rantai. Pasti rantai perempuan itu yang tercicir bisik hati Khairul Amir. Khairul amir mengukir senyumnan. Di benaknya sudah terencana sesuatu. Kali ini perempuan itu tidak akan terlepas lagi. Dia akan pastikan itu. Siaplah kau. Ada ubi ada batas’ Bisik hatinya.


p/s : saya harap awak smua sukakan CD dan terus memberi sokongan

CINTA DARMIA 10


“Macam mana kerja sepupu I?” soal Haliza.

“Bagus. Pandai dia buat kerja. Nama pun budak kampung” sedikit mengejek kata-kata Khairul Amir.

“Apa you cakap?” panas betul mendengar sindiran begitu.

“Tak ada apa” dingin suara Khairul Amir.

“I tak suka you kata begitu pada sepupu I. Macamlah hina sangat jadi budak kampung. I pun dari kampung tau” Ujar Haliza. wajahnya mencuka.

Fine. I’m sorry ok.”lembut kata-kata Khairul Amir memujuk.

“Kali ni I maafkan. Tapi bila you nak belanja I makan?” Haliza mengukir senyuman

“I busy sangat. Sorry I lupa” balas Khairul Amir. Tangan Haliza diatas mejanya dicapai dan digenggam erat.

“Apa kata malam nanti you datang rumah I. I suruh sepupu I masak. Sepupu I pandai masak tau. Masakan dia takkan ada kat mana-mana restaurant” ujar Haliza bangga. Memang diakui Darmia sangat pandai memasak. Sehingga tak dapat ditandinginya. Maklumlah dulu mak Darmia tukang masak kat kampung. Pantang ada kenduri, mesti Mak Su yang dijemput untuk masakkan makanan kepada tetamu. Mungkin Darmia selalu membantu ibunya, umur 10 tahun Darmia dah pandai masak sendiri.

“Betul ke sepupu you tu pandai masak.?” Khairul Amir bagai meragui.

“Betul. Kalau tak percaya malam nanti you datang rumah I” balas Haliza

“Habis you tak pandai masak?” Haliza tersengih.

“I mestilah pandai. Tapi tak sepandai sepupu I” bagi wanita berkerjaya sepertinya hanya masakan yang ringkas saja yang pandai disediakan.

“Kalau macam tu I nak jadikan sepupu you tu isteri I lah. I memang suka perempuan yang pandai masak” usik Khairul Amir tersengih.

what?” Haliza membulatkan matanya. Direntap kasar tangan Khairul Amir yang memegang tangannya.

Just joking. Don’t take it serious” Khairul Amir ketawa. Geli hatinya melihat wajah cemburu Haliza. Ingatkan tak reti cvemburu. Haliza menjeling tajam. Geram mendengar ketawa Khairul Amir.

“Janganlah marah sayang. I gurau je” Khairul Amir mencapai tangan Haliza. Haliza tetap seperti tadi.

please forgive me. Tak payahlah makan masakan sepupu you. Malam ni I belanja makan dekat Hotel Impiana, nak?” ujar Khairul Amir cuba memujuk.

“Tak nak” bentak Haliza.

“I tak nak, you jelous nanti” lembut suara lelaki itu memujuk.

“Tak kira I nak you datang jugak rumah I malam ni. Pukul 9 malam you mesti dah sampai.”arah Haliza. Haliza terus bangun dan melangkah meninggalkan ruang pejabat Khairul Amir.

Yes madam” telinganya menangkap suara Khairul Amir. Perlahan senyuman manis mengukir wajahnya.

*****************

Ting tong !!!!!! loceng rumah teres Haliza berbunyi. Dia tahu itu Khairul Amir. Dia mahu menghabiskan masanya malam ini dengan pemuda itu. Darmia tiada malam ini. Kelas yang diambilnya akan tamat pada pukul 10 malam.

“hai honey” sapa Khairul Amir. Jambangan bunga ros ditangan dihulurkan pada Haliza. “Masuklah” pelawa Haliza.

“You sorang je ke? Sepupu you mana?” soal Khairul amir. Dipandang gambar-gambar yang tergantung di dinding. Gambar keluarga Haliza.

“Sepupu I ada kelas malam ni” balas Haliza.

“Kelas? Dia nak sambung belajar ke?. Dia belajar sampai mana dulu?” soal Khairul Amir matanya masih melekat pada gambar keluarga Haliza.

“Sampai SPM je. Orang susah. Nak sambung belajar tak cukup duit” ujar Haliza.

“Tulah orang kita. Kandas sebab kemiskinan.” Keluh Khairul Amir.

“Bukan semua orang bernasib baik dalam dunia ni, Mir”

“Ambil cost apa?”

“Akaunting” ujar Haliza.

“Kiranya your cousin bercita-cita nak jadi akauntan lah?” Khairul Amir masih berminat bertanyakan orang gaji barunya itu.

“A’ah. Sepupu I memang minat bidang tu. So, dah ada peluang I suruh jelah dia belajar balik. Sayang bakat yang ada disia-siakan” ujur Haliza tersenyum. Khairul Amir angguk.

“Kalau pandai oklah. Kalau setakat cukup-cukup makan susah nak dapat kerja.” Haliza tersenyum mendengar pandangan Khairul Amir.

“Kalau ada rezeki tak susahnya, Mir” kata Haliza. Dia memang berpegang teguh pada prinsip itu. Setiap orang sudah ditentukan rezeki masing-masing. Kita manusia hanya merancang tapi segala ditentukan oleh Allah.

“Jomlah makan. Nanti sejuk lauk ni tak sedap” ujar Haliza.

“Masak apa?” Khairul Amir mengekori langkah Haliza ke meja makan.

“lauk kegemaran you. Gulai ikan pari” ujar Haliza. Dengar saja lauk ikan pari, pantas Khairul Amir menarik kerusi dan terus duduk. Dah lama dia tidak merasa masakan itu. Sejak mamanya ke United Kingdom. Haliza tersenyum melihat reaksi buah hatinya. Disenduk perlahan nasi ke pinggan Khairul Amir.

“Makanlah, Mir. Semua ni memang untuk you” ucap Haliza sambil menyendukkan lauk ikan pari ke pinggan Khairul Amir. Khairul Amir menyuap perlahan nasi ke mulut. Memang sedap. “Sepupu you masak?”

“yup. Sedap?”

first class” ujar Khairul Amir meneruskan suapannya. Tekun dia menghadap makanan. Dua kali tambah. Memang betul-betul kena dengan seleranya.

“Kalau dapat makan lauk sedap-sedap macam ni hari-hari barulah best. Cepat sikit badan I gemuk. I rasa dah lama tak makan masakan macam ni”ujar Khairul Amir.

“I dah kata sepupu I pandai masak.” Puji Haliza untuk kesian kalinya. Bangga benar dia ada sepupu seperti Darmia. Bukan sekadar pandai belajar tapi pandai menguruskan kerja-kerja dapur.

“Boleh suruh dia masakkan makan malam untuk I? Kalau dia rajin sekali dengan breakfast. Pasal gaji, I boleh naikkan” ujar Khairul Amir. Dia memang tertarik dengan masakan tadi. Tidak pernah di rasai masakan sesedap itu.

“Nanti I bincang dengan dia” Khairul Amir tersenyum senang.


p/s : terima kasih atas sokongan anda yang tak berbelah bagi

CINTA DARMIA 9

Darmia masih tercegat didepan pintu pagar rumah banglo dua tingkat yang terletak di atas bukit di pinggir kota. Begitu besar dan cantik. Haliza sudah lama pergi. Jam sudah menunjukkan ke angka 9 pagi. Perlahan Darmia menapak ke rumah banglo itu. Terkejut melihat keadaan di dalam banglo mewah itu. Diluar bukan main cantik dengan lanskap yang menghijau tapi kat dalam, Mak ai. Macam tongkang pecah. Bersepah-sepah. Di meja bertaburan kulit kacang, majalah dan surat khabar. Ada juga baju dan botol minuman bergas dimana-mana. Terus Darmia menapak pula ke dapur. Hendak pitam melihat keadaan yang begitu berserabut. Pinggan, mangkuk, cawan dan macam-macam lagi berselerakkan dan bertimbun di dalam sinki dan di atas meja. Tong sampah penuh dengan sisa makanan. Di rumah orang ke rumah tikus. ‘Dari mana aku nak mula ni’ bisik hati Darmia. Buntu seketika. Kemudian terus dia mencari alat-alat untuk memulakan kerjanya. Terasa begitu letih membersihkan ruang tamu sahaja. Betapa besarnya rumah itu. Beberapa kali ganda besar dari rumah Opahnya.

“macam mana nak gunakan benda ni.” Darmia termanggu sendiri di depan mesin basuh. Tidak pernah dia menggunakan alat itu. Di rumah Opah mana ada alatan sebegitu. Baju berbesen-besen yang tak dibasuh. Pantas dicapai besen. Tercari-cari berus dan sabun basuh. Diberus semua baju yang ada. Kaya betul majikannya. Kemeja yang diberus semua berjenama. Bahan berjenama semestinya mahal. Tapi pemalas betul orangnya. Rumah bersepah-sepah. takkan tak ada masa langsung nak kemas. Orang gaji sebelum ni agaknya teruk dikenakan sehingga sanggup berhenti. Fikir Darmia. Aduh lenguh satu badan. Kalau hari-hari macam ni mampuslah aku. Dipandang jam di dinding dapur. Sudah hampir pukul 12.30pagi. ni dapur tak kemas lagi. Pantas dia meninjau keluar mencari ampaian. Lalang kelihatan meninggi di tempat ampaian.

Dah macam rumah terbiar. Depan OK, belakang KO. Tak takut ke duduk sorang-sorang kat rumah besar macam ni. Ngomel Darmia sendiri.

Tangannya pantas menjemur pakaian di ampaian. Takut juga kalau-kalau ada ular ke lipan ke disebalik lalang yang meninggi. Selesai menjemur terus dia bergegas ke dapur pula untuk membasuh pinggan mangkuk yang sudah berkulat. Dikemas dan dilap bahagian dapur sehingga semuanya kelihatan rapi. Selesai tugas di dapur, Darmia duduk melepaskan lelah seketika sebelum menyambung kerjanya di tingkat dua. Kata Haliza hanya bilik tidur majikannya dan bilik ibu bapa majikannya sahaja dia tidak boleh masuk. Mungkin dia masih tidak percaya pada pekerja baru. Maklumlah kalau bilik peribadi ni selalunya ada macam-macam barang beharga. Biarkanlah. Kurang sikit kerja. Terus dikemas rapi tingkat atas. Masih ada beberapa jam sebelum Haliza menjemputnya. Untuk minggu pertama ini Haliza yang akan mengantar dan mengambilnya. Maklumlah dia masih tidak mengenali selok belok jalan ke banglo itu. Darmia mencari sabit untuk menyabit rumput yang tinggi. Akhirnya dia terjumpa sabit di celah pohon-pohon bunga. Langsung tidak canggung menyabit rumput. Di kampung itulah kerja sehariannya dikebun opah. Kawasan rumah kelihatan begitu bersih.

‘Ini barulah rumah’. Bisik hati Darmia. Gembira melihat banglo yang sudah bersih itu walaupun terasa amat penat pada hari pertama bekerja.

p/s : hendak pulang ke kampung halaman. doakan perjalanan pergi dan balik nani selamat ye.. luv u'll

CINTA DARMIA 8

“Hari tu you ada suruh I carikan orang gaji kan?” Haliza memulakan bicara. Khairul Amir angguk. Matanya masih tidak beralih dari melihat dokumen di depannya

“I dah jumpa orang gaji untuk You” ujar Haliza pada Khairul Amir.

“Dia sepupu I. So you jangan bimbang. I jamin dia pandai buat kerja.” Ujar Haliza.

“ok. I percayakan you. Siapa nama sepupu you tu” soal Khairul Amir. Fail ditangan dibelek-beleknya.

“you kena belanja I dulu baru I beritahu nama sepupu I” sedikit menggoda suara Haliza. Khairul Amir meletakkan fail ditangannya. Dipandang seketika wajah Haliza. gadis itu melemparkan senyum manis padanya.

“Ok. Tapi bukan hari ini. I busy.” Balas khairul Amir sambil menatap kembali fail dimejanya.

“Baik. Nama sepupu I tu, lain kali I baritahu” perlahan Haliza bangun dari kerusi. Berjalan meninggalkan Khairul Amir.

“Liza sepupu you tu cantik tak?”soal Khairul Amir tiba-tiba. Sengaja hendak mengusik. Langkah Haliza terhenti. Dia berpaling.

“Satu perkara I nak pesan kat you, sebelum you lupa diri, jangan buat benda-benda tak senonoh kat sepupu I. Kalau tak siap you”Haliza seolah-olah memberi amaran. Dia tahu khairul amir lelaki yang seperti mana. Pantang lihat gadis cantik, mesti hendak diayatnya.

you jelous?” soal Khairul Amir.

“tak ada faedahnya I nak jelous. I tak nak you aniaya gadis daif.” Ucap Haliza.

Just kidding, k. I kan lelaki budiman. Takkanlah I nak buat benda tak senonoh pulak kat sepupu you” balas Khairul Amir.

“i pegang kata-kata you” ucap Haliza dan terus menyambung langkahnya. Khairul Amir tersengih sendiri. Haliza telah menghilang dari biliknya. Ada senyuman terukir di bibir lelaki itu saat wajah Haliza tergambar di ruang minda. Gadis itu ada keistimewaan berbanding gadis-gadis yang dia pernah kenal selama ini. Haliza tidak mudah cair dengan pujuk rayu. Rasanya terlalu banyak pujuk rayunya di tolak Haliza. Namun Khairul Amir tidak mudah menyerah kalah. Pelbagai cara diusahakan agar gadis itu terpikat padanya. Benarlah kata pepatah perempuan ni ibarat sekeras-keras kerak nasi. Bila diletak air lembut juga akhirnya. Sudah hampir tiga tahun dia mengenali Haliza. dia sukakan cara Haliza yang bersahaja dan berpendirian teguh. Haliza bukanlah perempuan yang suka mengongkong hidupnya. Dia bebas melakukan apa saja. Sedikit pun gadis itu tidak menghalang. Tidak pernah pula Haliza melenting saat gambar-gambarnya bersama perempuan-perempuan lain terpempang di majalah. Masih diingati kata-kata Haliza padanya bila di tanya mengenai perasaan gadis itu, selagi belum ada ikatan yang sah, I tak berhak nak halang apa pun yang you nak buat. Sungguh sukar dia menduga apa yang bermain di hati dan fikiran Haliza. Sebab itulah hubungan dia dan Haliza bertahan lama. Untuk mengatakan dia cinta pada Haliza, dia sendiri tidak pasti. Mungkin hanya rasa sayang dan mungkin juga lebih dari itu.

CINTA DARMIA 7

“Masuklah Mia. Buat macam rumah sendiri” Haliza tersenyum mesra. Mata Darmia terkebil-kebil memandang rumah Haliza. Rumah Haliza besar dan mewah. Perabotnya pun cantik. Pandai Haliza menghias rumahnya.

“Ini bilik Mia” Haliza menunjukkan sebuah bilik. Cantik dengan cat dinding bewarna pink dan ungu. Begitu menyerlah dengan beberapa lukisan tertampal di dinding. Bilik itu lengkap dengan katil bujang yang bercadar putih kekuningan, almari dan meja solek.

“Wow, cantiknya” tidak pernah diimpikan untuk mendapat bilik sebegitu. Terasa bagai mimpi menjadi realiti.

“Dah lama akak sediakan bilik ni untuk Mia. Akhirnya dapat jugak Mia datang rumah akak tapi sorry la, akak tak sempat nak sapu bilik ni. Berabuk sikit”ujar Haliza.

“Tak apa, Mia tak kisah”balas Darmia lembut.

“Rehatlah dulu. Akak nak mandi ni. Kalau Mia nak mandi, toilet kat sebelah”ujar Haliza sambil menunjukkan tandas yang berada di sebelah kiri bilik. Darmia angguk. Matanya tidak lepas memandang sekeliling bilik itu. Tidak sedar bila Haliza berlalu dari situ.

************

Darmia menghampiri Haliza yg kelihatan kusyuk menghadap televisyen.

“Kak Liza” panggil darmia sambil melabuhkan punggungnya disebelah Haliza

“Emm. Ada apa Mia?” soal Haliza. Matanya masih tertumpu pada kaca televisyen

“Pasal kerja yang Kak Liza cakap dalam kereta tu...” teragak-agak Darmia ingin meneruskan kata-kata. Tadi Haliza ada memberitahunya yang majikan sepupunya itu memerlukan pembantu rumah dan meminta Haliza mencarinya.

“Kenapa Mia nak kerja ke?” perlahan Darmia angguk. Haliza sedikit gmbira. Terasa rancangannya hampir berjaya. Dia tidak mahu memaksa Darmia untuk bekerja. Kerana itu bukanlah matlamat utamanya membawa gadis itu ke Kuala Lumpur tapi andai gadis itu berminat dia tiada halangan.

“Darmia pasti nak kerja?. Kalau Mia tak kerja pun tak apa. Akak masih mampu nak tanggung Mia. Lagipun.....”

“ Mia betul-betul nak kerja tu” pantas Darmia memintas. Elok juga jika dia bekerja. Taklah dia terlalu bergantung pada Haliza. Dia tidak mahu menyusahkan Haliza. Nanti apa pulak kata Latifah. Sekurang-kurangnya kalau dia bekerja dapat jugak tanggung belajarnya nanti. Sedikit gajinya boleh dihulurkan pada opah di kampung.

“Tapi tak ganggu ke?, nanti Mia nak kena study lagi?.” Tiba-tiba Haliza berasa serba-salah. Bimbang juga andai mengganggu konsentrasi Darmia nanti kerana tujuan utama dia membawa Darmia ke situ untuk membolehkan Darmia belajar semula.

“Insyaallah tak.” Darmia yakin dia boleh membahagikan masanya nanti

“Kalau macam tu, nanti akak bawak kontrak untuk Mia ” balas Haliza dengan senyuman manis

“Kontrak? Jadi orang gaji pun kena kontrak ke?” soal darmia. Masakan jadi org gaji pn nak kena tandatangn kontrak.

“Mestilah. kontrak ni untuk tengok prestasi kerja Mia selama 3 bulan dulu. Kalau kerja Mia elok dan majikan Mia puas hati barulah Mia boleh kerja lama kat sana. Tapi dalam masa 3 bulan tu Mia tak boleh berhenti tau” terang Haliza.

“Kenapa pulak macam tu?” soal Darmia

“Kalau Mia berhenti, bermakna Mia dah langgar kontrak dan kena bayar pampasan iaitu gaji Mia untuk 3 bulan.”terang Haliza.

“Banyak tu” Darmia menggaru kepala yang tidak gatal.

So, Mia nak tak?. Akak Bagi Mia fikir dululah. Akak tak nak nanti pelajaran Mia terganggu sebab kerja. Kalau Mia rasa boleh bahagikan masa dengan baik dan nak kerja ni, bagitahu akak” sambung Haliza.

“Mia tak ada hal nak jadi orang gaji. Mia dah biasa. Bolehlah kak.” Darmia yakin dia boleh melakukannya. Lagipun kerja sebegitu sudah begitu sebati dengan dirinya.

“Betul ni?” Haliza meminta kepastian.

Darmia angguk.

“Mia tunggu kejab. Akak pergi ambik kontrak tu” perlahan Haliza melangkah ke biliknya dan tak lama kemudian dia kembali melabuhkan punggung di tempatnya tadi bersama fail biru di tangan.

“Mia baca dulu. Lepas tu tandatangan” Haliza menghulurkan kertas bewarna kuning.

“bila Mia boleh mula?”soal Darmia

“Mia baru sampai. Rehat la dulu. Minggu depan baru mula ye. Lagipun akak rasa baik kita uruskan pasal tempat belajar Mia dulu.” Darmia senyum. Perlahan diangguk.

“Terima kasih, kak” ucap Darmia dengan senyuman. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusannya di sini. Insyaallah.

CINTA DARMIA 6

“Opah, Mia pergi dulu. opah jaga diri baik-baik ye” Darmia memeluk erat tubuh opah. Payah baginya untuk berpisah dengan Opah.

“kamu pun jaga diri baik-baik. Ikut cakap Liza. ” pesan Opah.

“kak Munah tolong jaga Opah untuk Mia ye.” Darmia pandang Maimunah di sebelah Opah. Maimunah berjiran dengan Opah. Sudah lama dia tinggal di situ. Maimunah lah tempat dia mencurahkan rasa. Lagipun Maimunah hidup sebatang kara di Kampung itu.

“Mia jangan risau. Akak janji” balas Maimunah. Lantas tubuh Darmia dipeluk erat.

“terima kasih, kak. Mia tak tahu macam mana nak balas budi akak” balas Darmia dalam pelukan Maimunah.

“Akak dah anggap Mia dengan Opah macam keluarga akak sendiri. Akak pun tak ada siapa-siapa” perlahan Maimunah leraikan pelukannya dengan senyuman.

Darmia kembali menatap wajah Opah

“Opah tak ada apa nak bagi, tapi ambillah ni” opak menghulurkan seutas rantai emas berloketkan batu Nilam berbentuk larus.

“mia tak nak rantai ni. Inikan rantai Opah.” Darmia menolak.

“ambillah Mia. Inilah satu-satunya kenangan dari Mariam pada Opah. Tapi Opah nak buat apa dengan rantai tu. Opah nak Mia simpan elok-elok. Janji kat opah ye” Opah letak rantai itu atas tapak tangan Darmia.

“tapi Opah...”

“dah. Dengar cakap Opah. Ambil je.” Perlahan Darmia angguk.

“Mia kita kena pergi ni” ujar Haliza. Darmia memandang wajah tua Opah. Tidak sanggup rasanya meninggalkan neneknya itu sendiri. Pantas dia memeluk opah.

“pergilah nak. Jangan bimbangkan opah. Opah tahu jaga diri. Nanti jangan lupa balik” ujar opah. Dikesat airmata yang luruh di pipi cucunya.

“Liza pergi dulu, Opah” Haliza menyalami tangan Opah perlahan dia tunduk mencium tangan tua itu. Dia terus berjalan ke arah Gen 2 nya di halaman rumah Opah.

“Mia pergi dulu, Opah” lama tubuh Opah dipeluk sebelum kakinya melangkah perlahan menghampiri kereta Haliza. Berkali-kali dia berpaling. Bagai tiada lagi perjumpaan selepas ini. Hatinya terasa berat meninggalkan Opah sendirian.

“Mia pergi dulu” Opah angguk lemah.

“jaga diri” sempat Opah berpesan sebelum kereta Haliza bergerak perlahan meninggalkan rumah Opah. Matanya memghantar pemergian Darmia. Airmata tua yang dari tadi di tahan mengalir perlahan. Pilu terasa menyelinap dimana-mana lubuk hatinya. Pertama kali dia berpisah dengan cucu kesayangannya.

“sabar lah Opah” Ujar Maimunah sambil memeluk bahu Opah.

CINTA DARMIA 5

“Sampai hati mak cakap macam tu kat Mia. Dia tak salah mak. Yang salahnya Pak Cik Salleh tu”Haliza sedikit berang bila nama itu meniti di bibirnya. Dia marah apabila mendengar cerita Darmia. Dia tahu Darmia tidak mungkin membohonginya.

“Kau mana tahu dari mana Salleh yang salah?. Kau tak ada waktu tu. Mak rasa malu tau dengan kelakuan Mia tu. Dia dah conteng arang ke muka keluarga. Sekarang kau pulak nak ajak dia ke KL. Buat apa?”marah Latifah lagi.

“Liza rasa, Liza patut tolong Mia capai impiannya. Dia budak bijak mak. Kalau bukan kerana Pak Cik Salleh tu, mesti Mia sekarang kat universiti” ujar Haliza.

“Kau ingat mak tak tahu, kau bawak Mia ke KL untuk jadi orang gaji di rumah bos kau kan?” Haliza terkejut. Entah dari mana ibunya tahu. Mungkin terdengar perbualan dia dan Khairul Amir semalam. Memang betul dia mahu Darmia bekerja di rumah Khairul Amir. Kebetulan Mak Som, orang gaji Khairul Amir baru saja berhenti. Sudah tidak larat lagi untuk bekerja. Dan kebetulan juga Khairul Amir meminta dia mencari pengganti tempat Mak Som. Lelaki itu tidak mahukan warga asing untuk menjadi pembantu rumah. Mungkin pengalaman lalu membuatkan lelaki itu serik. Pernah bosnya itu mengupah warga indonesia untuk membantu Mak Som, tak sampai dua bulan kerja, barang kemas milik ibunya habis di curi. Haliza merasakan pekerjaan itu sesuai untuk Darmia. Yang penting kepercayaannya pada Darmia. Dapat juga Darmia duit saku hasil dari titik peluhnya tidaklah gadis itu berasa segan nanti. Selain dari tujuan itu, Haliza ada rencananya sendiri. Haliza tidak sanggup kehilangan Khairul Amir. Darmia memang boleh diharapkan berbanding adiknya sendiri. Jika Darmia ada di situ bolehlah dia tahu gerak geri Khairul Amir. Untuk menyekat pergerakan lelaki itu dia tiada hak. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu kegiatan seharian lelaki itu.

“Mak tak benarkan. Lebih baik kau bawak aje adik kau tu” Latifah tetap dengan pendiriannya

“Mak nak suruh Lisa tu jadi orang gaji? Mak jangan berguraulah. Anak manja mak tu pegang penyapu pun terkial-kial inikan pula nak jadi pembantu rumah. Yang dia tahu makan, tidur. Tu jelah. Nak suruh belajar tak nak.” Bebel Haliza. Sudah masak dengan perangai satu-satunya adik kandung yang dia ada. Latifah tarik muka. Geram dengan jawapan Haliza.

“Mak tolonglah. Kali ni je. Liza tahu apa yang Liza buat. Mak tak payah masuk campur urusan Liza” sambung Haliza. Wajah Latifah mula berubah riak.

“Kau jangan nak kurang ajar Liza. Aku ni mak kau tahu” Latifah mula menyinga. Panas telinganya mendengar kata-kata Haliza.

“Liza mintak ampun, mak. Tapi Liza betul-betul mahu Mia ikut Liza walaupun mak tak bagi”ucap haliza lembut sebelum meninggalkan ibunya.

“Liza!. Kau jangan menyesal nanti” ujar Latifah kuat. Namun anaknya langsung tidak menoleh. Panas benar hatinya dengan sikap degil Haliza. Hatinya bimbang andai peristiwa berpuluh tahun lalu akan terjadi lagi. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kalau dah ibunya macam tu, tak mustahil anaknya pun mewarisi sikap ibunya. bisik hati Latifah.


p/s : sila tinggalkan komen anda jika ada sebarang penambahbaikan yang perlu nani lakukan. tq

CINTA DARMIA 4

Darmia termenung sendirian di anjung rumah papan milik Opah. Masih menimbang tawaran Haliza. Mungkin tiga hari lagi Haliza akan pulang semula ke Kuala Lumpur, Darmia masih tidak mendapat kata putus. Kalau ikutkan hati memang dia ingin mengikut Haliza. Tapi....

“Pergilah Mia” Darmia tersentak. Opah tersenyum memandangnya. Perlahan wanita tua itu melabuhkan punggung di sebelah cucu kesayangannya.

“Kenapa Opah tak tidur lagi?” Darmia memandang wajah tua Opah

“Tak mengantuk. Pergilah ikut Haliza. Duduk kat kampung ni apa ada?.” Ucap Opah. Dia tahu apa yang ada dalam fikiran cucunya itu. Dia juga pernah muda suatu ketika dulu.

“Tapi Opah macam mana?.” Wajah Darmia kembali muram

“Kamu jangan risaukan Opah. Tahulah Opah jaga diri. Opah masih sihat lagi. Lagipun Munah ada, boleh tengok-tengokkan opah. Opah ni bukan apa, Entah esok entah lusa mungkin Opah dah tak ada atas muka bumi ni. Tapi hidup Mia masih panjang, nak. Mia kena berdikari. Mia kena pergi belajar. Jadi orang yang berguna. Pergilah. Opah izinkan” kata-kata Opah menghantar rasa sayu di hati Darmia. Dia hanya ada Opah dalam dunia ni. Kalau jadi apa-apa pada Opah, dialah insan yang paling menyesal. perlahan airmata Darmia menitis.

“Mia tak nak tinggalkan Opah” Darmia peluk erat bahu Opah. Kepalanya dilentok pada bahu Opah.

“Dengarlah cakap Opah, Mia. Pergilah” Opah menyeka airmata yang ingin menitis ke pipi. Hatinya berbelah bagi. Tapi memandangkan usianya yang sudah tidak panjang dia tidak mahu kehidupan Darmia melarat. Sekurang-kurangnya Darmia ada pelajaran yang tinggi jika ikut Haliza ke Kuala Lumpur.

“Terima kasih Opah.” Ucap Darmia dalam tangisan yang tidak mahu surut. Hiba rasa di hati.

“pergilah tidur Mia. Esok kita pergi pasar beli barang keperluan Mia kat sana nanti” ujur Opah lagi. Di sapu perlahan airmata Darmia yang jatuh membasahi pipi yang kuning langsat. Darmia mengangguk. Dia terus berlalu ke kamarnya.

*************

“Betul ke Mia jadi ikut akak ke KL ni?” gembira benar hati Haliza apabila Darmia bersetuju mengikutnya.

“Apa kau cakap Liza?, kau nak bawak budak Mia ni ke KL. Kau dah gila ke?. Nanti gaji kau habis dekat budak ni pulak” marah Mak Cik Tipah yang tiba-tiba muncul dari dapur. Dia tidak suka Haliza membawa Darmia ke KL. Menyusahkan anaknya saja. Darmia hanya menunduk memandang lantai. Tidak berani menentang mata Latifah yang merenungnya tajam.

“Mak, Biarlah Mia ikut Liza. Sekurang-kurangnya Liza ada jugak teman kat sana.” Pujuk Haliza

“kau baik-baik Liza. Takkan kau tak tahu Mia ni gatal. Nanti bakal tunang kau, dia kebas baru tau. Sama macam mak dia” Darmia hanya diam mendengar tohmahan ibu saudaranya. Biarlah apa pun yang hendak dikatakan. Darmia sudah lali. Sudah malas mempertahankan dirinya. Rasanya diam itu lebih baik.

“Apa mak merepek ni. Tak ada sebab Mia nak rampas apa-apa dari Liza mak. Mak tu je yang selalu buruk sangka pada Mia.” Bela Haliza.

“kenapa kau ni suka sangat bela budak tak guna ni?. Kau tak ingat ke dia yang menconteng arang kat keluarga kita. Dah orang tak suka saja nak menggatal” Latifah menjeling. Darmia sudah tidak dapat lagi menahan airmatanya mendengar tohmahan dari ibu saudaranya itu. Kenapa kisah yang menjadi igauan ngeri dalam hidupnya selalu di bangkitkan. Bukannya dia meminta untuk terperangkap dalam keadaan itu. Tapi andai sudah tersurat takdir itu untuknya, Siapa dia menahan kehendak Nya. Darmia penat menafikan segala tohmahan yang dilempar sehinggakan dia mengambil keputusan untuk diam. Tak guna bercakap dengan orang pekak hatinya. Apa pun kebenaran yang diperkatakan sudah tidak dapat di dengari. Sebelum airmatanya tumpah lebih baik dia pulang. Pantas dia bangun dan lari dari rumah Latifah. Langkahnya laju di atur ke teratak buruk Opah.

CINTA DARMIA 3

“I sangat bangga dapat bekerjasama dengan orang muda macam Encik Amir. You are so briliant.” Dato’ Fahmi menghulurkan tangan untuk berjabat dengan anak muda itu tanda persetujuaan telah termeterai.

“Dah menjadi tanggungjawab I Dato. Terima kasih atas kepercayaan Dato pada syarikat kami” ucap Khairul Amir.

“I harap yang terbaik dari syarikat you Encik Amir.”

“Insyaallah Dato’. Kami akan buat yang terbaik.” Dato Fahmi pandang anak muda didepannya dengan senyuman. Khairul amir. Nama yang tidak asing bagi kakitangan Bina Maju Holding. Anak tunggal Dato Roslan dan Datin Rabiah pemilik Bina Maju Holding. Dalam usia yang baru menjangkau 29 tahun, kehebatannya setanding dengan ahli perniagaan yang lain.

“So macam mana keadaan father you. I dengar dia ke luar negara buat pembedahan jantung” soal Dato’ Fahmia.

“Dah bertambah baik. Tunggu masa nak pulang ke Malaysia je” Sudah setahun lebih anak muda itu menggantikan tempat Dato Roslan sebagai Pengarah urusan Bina Maju Holding memandangkan kesihatan ayahnya yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini. Kini kedua orang tuanya berada di luar negara bagi mengubati penyakit jantung Dato Roslan. Bina Maju Holding, syarikat yang sudah mampu berdiri megah setanding dengan syarikat-syarikat gah di Malaysia. Kini dia boleh tersenyum bangga dengan segala usaha dan kepandaiannya. Syarikat yang hampir bankrup kembali normal malah sahamnya juga makin meningkat dengan kehadiran Pengarah Urusan yang baru. Dia bukanlah calang-calang orang. Walaupun usia baru setahun jagung namun kepandaiannya mentadbir organisasi itu sudah tidak diragui lagi. Dia punya keyakinan yang tinggi hingga mampu menguruskan syarikat besar seperti itu.

“I doakan dia cepat sembuh. Nanti jangan lupa kirimkan salam I pada papa you. Jadi I minta diri dulu. Banyak lagi urusan yang i nak kena buat. Sekali lagi tahniah Encik Amir. Saya bangga dapat bekerjasama dengan orang muda yang berbakat macam awak.”

“Sama-sama Dato’. Nanti saya sampaikan salam Dato’ pada papa” balas Khairul Amir tersenyum lebar. Dia melangkah mengiringi Dato Fahmi keluar dari ruang pejabatnya. Perlahan Khairul Amir melangkah kembali ke kerusi empuknya. Telefon yang berdering diangkat perlahan.

Good. Very good job. I proud with you” Khairul Amir ketawa gembira. Sungguh dia bangga kerana syarikatnya berjaya mendapat tender jutaan ringgit. Bagi Khairul Amir duit adalah segala-galanya. Wajah yang buruk boleh jadi cantik kalau berduit. Bila berduit apa saja yg diinginkan pasti dapat. Sebut saja. Kereta mewah, sudah berpuluh-puluh kali dia menukar kereta. Melancong, kemana saja yang dikehendaki. Perempuan, keliling pinggang yang mahu menjadinya jejaka idaman. Khabarkan perempuan mana, pasti dengan senang dan mudah baginya untuk mendapatkan apa yang dihajati. Senyumannya saja boleh mencairkan hati mana-mana gadis. Tapi itu semua permainannya. Khairul Amir lelaki yang tak tahu erti setia. Tidak mengerti apa itu cinta. Tidak pernah tahu makna kasih dan sayang. Baginya perempuan hanya sekadar mainan. Apabila sudah puas, sudah bosan buangkan saja. Berlambak yang menantinya. Bukan sedikit perempuan yang sanggup gadaikan maruah untuknya, Sudah berpuluh-puluh perempuan menawarkan. Tapi dia bukanlah lelaki yang tiada pegangan agama. Dari kecil dia di beri ajaran agama yang secukupnya. Dia tahu zina adalah kejahatan yang paling besar. Baginya perempuan yang sanggup menggadaikan tubuh untuk mendapatkan kemewahan hanya layak untuk dipermainkan.

“I belanja you dinner kat Hotel Palma malam ni”ujar Khairul Amir terus mematikan talian selepas mendapat persetujuan dari pekerjanya.

“Encik Khairul, ada orang nak jumpa” tiba-tiba kedengan suara setiausahanya Dalilah dari interkom.

“Siapa?” soal Khairul Amir.

“Cik Allysa. Boleh dia masuk?” Dalilah meminta kebenaran.

‘Sial. Apa perempuan tu nak lagi?’ Khairul Amir merungut sendiri.

“Cakap saya sibuk” balas Khairul Amir

“Baik encik” belum sempat Khairul Amir bangun dari kerusinya , pintu biliknya telah pun dirempuh kasar.

“Maaf Encik Khairul, saya dah cakap Encik sibuk” terketar-ketar Dalilah memberi penjelasan. Bukan dia tidak tahu cara kerja lelaki itu. Tegas dengan setiap kata-katanya.

“Tak apa awak boleh keluar” arah Khairul Amir.

Dalilah menurut.

“You nak apa lagi?” soal Khairul Amir.

Please honey. Dengar penjelasan I dulu” pujuk Allysa dengan suara manjanya.

“apa pulak alasan you kali ni. Pleaselah I ada banyak lagi kerja dari dengar penjelasan you yang entah apa-apa tu. Tak cukup lagi duit yang you dapat?” Khairul Amir masih tenang dikerusinya.

“I tak nak tengok lagi muka you kat ofis I. Baik you berambus sekarang sebelum I panggil security”ugut Khairui Amir.

“I takkan pergi selagi you tak dengar penjelasan i”bentak Allysa.

“Ok, fine. Dalila, tolong panggil security untuk buang sampah dalam bilik I ni keluar” arah Khairul Amir melalui telefon. Sengaja di tekankan perkataan sampah yang di tujukan pada gadis jelita di hadapannya.

“You memang jahat. Lepas you dah puas, you tinggalkan I macam tu je” jerit Allysa geram

“I tak pernah mintak pun. You yang suka melayan I kan. So, tu semua salah you. So, sekarang I dah tak nakkan you. I tak minat la dengan perempuan murahan macam you. Kalau you nak tahu, I memang jahat. So, you nak buat apa?” hina khairul amir.

Wajah Allysa merah menahan marah. Perangkapnya tidak mengena. Memang dia ingin memiliki lelaki kaya itu. Siapa yang tidak mahu jutawan muda seperti itu. Tapi Khairul Amir begitu bijak menghidu perangkapnya. Belum sempat agenda seterusnya dijalankan, projeknya sudah kantoi di tengah jalan. Salahnya juga kerana tidak berhati-hati hingga perbuatan sumbang dengan teman lelakinya telah dilihat oleh lelaki didepannya.

“You akan dapat balasannya nanti, Mir. You akan rasa kesakitan yang I dan perempuan-perempuan lain yang jadi mainan you rasa. Itu sumpah I. You ingat, you takkan pernah bahagia” Allysa memandang tajam wajah selamba Khairul Amir. Rasa marah dan terhina membuak-buak dihatinya. Seketika kemudian terus dia melangkah meninggalkan pejabat lelaki itu. Khairul amir termanggu seketika. Kata-kata Allysa ternyiang-nyiang di telinga.

‘You akan rasa kesakitan yang I dan perempuan-perempuan mainan you rasa’

ah nonsense. Ini Khairul Amirlah. Tak ada lagi perempuan yang dapat menjatuhkan keegoannya yang setinggi langit itu. Khairul Amir ketawa kuat. Begitu bangga dengan dirinya. Setakat ugutan begitu, rasanya dah berpuluh kali dilemparkan padanya. Dah jadi ayat biasa setiap kali hubungannya putus di tengah jalan. Tapi hingga kini, dia masih dapat hidup bahagia. Nonsense.

CINTA DARMIA 2

“Assalamualaikum” Darmia memberi salam. Tiada sahutan. Di cuba sekali lagi. “Waalaikummussalam” kedengaran suara Latifah dari dalam rumah. Darmia telan air liur.

‘Kenapalah masa ini, Mak Long ada kat rumah. Kenapa tak pergi kedai ke, pasar ke’ rungut Darmia.

“Hah kau nak apa datang sini?”soal Latifah kasar.

“Opah suruh hantar ini untuk Mak Long” Darmia menunjukkan bekas berisi gulai ikan keli pada Latifah. Gugup juga dia mendengar suara Latifah yang seperti halilintar ingin memecahkan bumi.

“Apa tu?” soal Latifah malas.

“Gulai Ikan keli” hampir tak terkeluar tutur kata Darmia.

“Aku tak nak. Kat rumah aku ni macam-macam lauk ada. Bawa je balik. Nanti kebulur pulak kau dengan orang tua tu” angkuh benar bicara Latifah. Ada nada kebencian pada kata-katanya. Dia tidak kisah jika Latifah tidak mahu lauk yang dibawanya tapi tidak perlulah dia dihina begitu sekali. Cukup terkilan rasanya bila Opah juga terlibat sama. Sedangkan Opah adalah ibu kandung Latifah. Berdosa seorang anak memanggil ibunya dengan perkataan sebegitu.

“Eh, Mia. Naiklah.”tiba-tiba Haliza muncul dengan senyuman manis dari dalam rumah apabila terdengar suara kasar ibunya. Dia tahu Darmia sudah datang.

“Tak apalah kak. Mia dah lambat ni” Darmia terus berpaling untuk pergi.

“Nantilah dulu, Mia” Langkah Darmia terhenti.

“Eloklah tu. Pergilah cepat” Latifah bagai menghalau. Memang dia tidak suka darmia menjejakkan kakinya di rumah itu. Hatinya sakit setiap kali memandang wajah gadis itu.

“Mak....”Geram benar Haliza dengan perangai ibunya. Tidak habis-habis.

“Naiklah Mia. Akak nak cakap sesuatu dengan Mia. Dah lama tak jumpa kan” Latifah menjeling tajam sebelum berlalu dari situ. Darmia menunduk. Sedar rasa kurang senang dihati ibu saudaranya itu. Darmia melangkah perlahan naik ke anjung rumah Latifah yang jarang dapat dijejaknya.

“Duduklah” Darmia menurut. Haliza tersenyum.

“Mia apa khabar?” soal Haliza memulakan perbualan.

“Baik. Akak?” soal Darmia pula

“Baik. Mia nampak cantik sekarang” Darmia tersenyum mendengar pujian Haliza.

“Mana ada. Kalau Akak cantiklah. Mia ni apa yang ada kak. Belajar pun tak tinggi macam akak.” Darmia merendahkan diri. Dia hanya pelajar lepasan SPM. Nak masuk Universiti Salmah tak bagi. Tak ada duit katanya.

“Akak cakap betul Mia.” Darmia hanya tersenyum.

“Ada-ada je akak ni. Opah cakap akak ada hal nak bagitau Mia. Apa dia kak?”soal Darmia apabila teringat kata-kata neneknya pagi tadi.

“Kak Liza nak ajak Mia ke KL. Mia nak tak?” entah kali ke berapa Haliza mengajaknya.

“Akak tahu Mia risaukan Opah. Tapi kalau duduk kampung ni apa yang ada. Akak boleh tolong Mia sambung belajar kat sana. Akak dah tengok-tengokkan kolej yang sesuai ” ujar Haliza cuba memujuk. Dia sudah tahu apa yang berbisik dihati Darmia. Haliza amat bersimpati dengan Darmia yang bercita-cita tinggi. Lagipun keputusan SPM Darmia amat cemerlang tidak seperti adiknya. Dia mahu melihat Darmia berjaya. Darmia diam tapi hatinya melonjak gembira. Dia memang teringin untuk melanjutkan pelajarannya kembali walaupun sudah hampir 4 tahun dia meninggalkan alam persekolahan.

“Mia bimbangkan Opah. Kalau Mia ikut akak, siapa nak jaga Opah?. Opah tu dah tua kak. Tak larat nak buat kerja sorang-sorang” ujar Darmia. Hatinya kini berbelah bagi.

“Lisa boleh tengok-tengokkan” begitu bersungguh Haliza mengajaknya. Anis Alisa anak bongsu Latifah. Walaupun Anis Alisa dan Darmia sebaya, namun mereka tidak pernah rapat dari kecil. Ada saja benda yang tak kena pada pandangan Anis Alisa. Sama macam ibunya juga. Anis Alisa sekarang bekerja sebagai kerani di kilang membuat pakaian di bandar. Gadis itu tidak sebijak Haliza. Selepas menamatkan SPM dia tidak berminat lagi untuk belajar walaupun Latifah sanggup menghantarnya ke kolej swasta. Ah! Dia tidak sanggup meninggalkn Opahnya kepada Lisa. Nak datang setahun sekali pun payah ke teratak buruk Opah walaupun nenek tua itu darah dagingnya sndiri. Busuk katanya.

“Mia fikirlah. Akak tak paksa” ucap Haliza. Ada riak kecewa di wajahnya. Dia tahu terlalu payah untuk Darmia membuat keputusan.

Saturday, November 12, 2011

CINTA DARMIA 1

“Mia. Kamu kat mana” panggil opah dari dapur rumah usang. Opah menjenguk ke tingkap dapur. Tercari-cari kelibat cucunya.

“Mia...” laung Opah sekali lagi
“Ya Opah. Mia kat sini. Ada apa?” Darmia melambai tangannya. Dia sibuk mengutip sayur-sayuran di belakang rumah. Banyak betul hasil dari titik peluhnya. Memang hobi Darmia menanam. Tanamlah apa saja pasti hidup subur. Orang kata tak rugi berbudi pada tanah. Lagipun itulah sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Dia sudah tiada sesiapa. Hanya Opah saja yang sudi menerimanya. Nak harapkan Mak Long, jarang benar dia datang menjenguk. Mak Ngah?. Makan sendiri pun belum tentu cukup. Bukan Darmia tidak tahu, Salleh pemalas orangnya. Semuanya diharapkan pada isteri.

“Nanti hantar kuah gulai sikit ke rumah Mak Long kau ye” ujar Opah. Opah sudah pun melabuhkan punggung di pangkin bawah pohon mangga yang rendang. Memerhatikan cucunya mengumpul sayur-sayuran.

“Tak nak lah Opah. Opah kan tahu Mak Long tak suka Mia. Nanti dia tak ambik lauk tu” ujar Darmia. Dia faham benar dengan perangai emak saudaranya yang seorang tu. Mulut lancang. Jika sudah berkata langsung tidak dipedulikan hati orang yang mendengar. Laju je kalau bab-bab menyumpah seranah orang. Tak tahu mengapa ibu saudaranya itu terlalu membencinya. Tengok muka pun tak nak. Macamlah dia tu hodoh benar.

“Pergilah Mia. Tadi Opah jumpa Liza. Dia baru balik dari bandar. Dia cakap nak jumpa kamu”ujar Opah lagi. Tangannya pantas mengayam tikar mengkuang yang sudah separuh siap. Itulah kerja Opah untuk menampah pendapatan mereka sekeluarga. Walaupun tikar mengkuang sudah tidak mendapat sambutan, tapi masih ada permintaan di kalangan penduduk kampung.

“Kak Liza nak apa Opah?” soal Darmia. Hatinya melonjak gembira. Haliza sepupunya itulah yang selalu membela apabila Mak Long memarahinya. Sudah setahun Haliza tidak pulang ke kampung. Katanya sibuk dengan urusan kerja. Haliza bekerja sebagai jurutera di syarikat besar di Kuala Lumpur. Itu kata Haliza bila ditanya mengenai pekerjaannya. Darmia juga teringin ke Kuala Lumpur. Kata orang di situ, banyak bangunan tinggi yang cantik. Tapi dia sendiri tidak sampai hati meninggalkan neneknya yang sudah tua. Sudah berkali-kali Haliza mengajaknya ke sana. Namun sering saja dia menghampakan Haliza,

“Mia.. kamu dengar tak apa Opah cakap ni” Darmia tersentap.

“Apa Opah?” soal Darmia sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tersengih memandang Opah

“Astarfirullahalazim. Opah cakap sorang-soranglah rupanya. Kamu ni suka sangat mengelamun” bebel Opah.

“Opah cakap apa tadi?” Darmia menghampiri Opah. Di tangannya ada sebakul petola yang akan di jual petang nanti di pasar.

“Tak lama lagi Kak Liza kau tu nak bertunang?” tangan tua Opah masih tekun mengayam.

“Tunang? Dengan siapa?” soal Darmia. Dilabuhkan punggungnya di beranda berhampiran Opah. Dikesat peluh di dahi dengan lengan baju kurungnya.

“Tak tahulah pulak. Tapi kata Mak Long kau dengan bos tempat kerja dia. Kau pergilah jumpa Liza tu sebelum pergi pasar” pujuk Opah.

“Yelah. Nanti Mia pergi. Mia nak mandilah Opah. Nanti nak pergi rumah Mak Long. Nanti tak pasal-pasal busuk pulak rumah Mak Long tu” Ucap Darmia.

“Patutlah Opah bau busuk je. Tak mandi lagi rupanya. Anak dara apalah kamu ni” bebel Opah.

“Anak dara kesayangan Opah lah. Busuk-busuk pun Opah sayang kan” Darmia tersengih.

“Yelah tu. Pergi mandi cepat. Tak kuasa Opah nak melayan kamu” ucap Opah.

“Yelah Opah. Opah, tengok tu” Darmia tuding jari ke jalan raya. Pantas pipi tua opah dikucup. Darmia terus berlari ke tangga dapur sebelum tangan ketam opahnya hinggap ke lengan sambil ketawa besar.

“Opah pun dah busuk” ucapnya riang.

“Sudah pergi mandi. Sebelum Opah piat telinga” pantas saja kaki Darmia menaiki tangga. Opah hanya mampu tersenyum dengan kenakalan cucunya. Gembira hatinya ada juga peneman di usia tua.

Tuesday, November 1, 2011

SINOPSIS CINTA DARMIA

Mereka tidak meminta untuk terperangkap dalam ikatan itu. namun andai sudah tersurat takdirnya begitu, sepahit mana pun dia harus menelan. Perjalanan perlu diteruskan.

“aku seorang isteri tanpa hadir dia sang suami. Namun aku masih setia menanti dia datang melafazkan janji. Sampai bila pun aku tak pasti. Tapi saat aku ingin memulakan perjalanan baru, mengapa dia datang menbangkitkan duka yang terpendam. Kelemahanku kau jadikan mainan. Harta kau jadikan taruhan. Mana mungkin aku kembali setelah hati ini teruk kau lukai” - Darmia

“sungguh aku benci pada perempuan yang pernah merobek-robek maruahku. Saat aku lupakan segalanya peristiwa itu kau hadir mengundang amarahku. Namun kelembutan dan kesabaranmu telah mengalihkan rasa sayang yang dulunya kuserahkan kepada sepupumu. Aku terjerat antara dua. Keenggananmu membuatkan aku makin ganas memburu hati yang telah lama aku tinggalkan” - Khairul Amir

“Salah aku kerana terlalu mencintaimu sehingga aku lupa Dia yang menciptakan rasa cinta ini. Aku mencintaimu sepenuh jiwa dan ragaku tapi Allah tidak menganugerahkan cintamu padaku” – Haliza

PROLOG

KAMPUNG HULU HAJI LEBAI, JULAI 2006

“aku terima nikahnya, Nurul Darmia bt Roslan dengan mas kahwinnya RM40 ringgit tunai” lafaz yang membuatkan seluruh dunia Darmia terasa gelap. Dia tidak meminta lafaz itu diusianya yang baru menginjak ke angka 18. Tapi dia tidak berdaya menolak. Mahu atau tidak dia terpaksa merelakan. Saat itu dia mula merasakan masa depannya sudah kelam.

Jika orang lain gembira dihari pernikahan dengan pakaian putih cantik berhias, dia hanya memakai t-shirt yang agak lusuh dan sedikit terkoyak bersama seluar track. Itulah baju pengantinnya. Jika pengantin lain ditemani sahabat handai sisi tapi dia ditemani airmata yang tidak mahu berhenti.

‘Ujian apakah ini ya Allah’ Darmia merintih sendiri. Dalam keterpaksaan dihulurkan tangannya. Sebentuk cincin perak tersarung kemas ke jari manisnya. Tiada senyuman manis bersama ucapan selamat padanya. Yang ada hanyalah jelingan serta cemuhan. Di mana hendak disembunyikan wajahnya kala itu. Dia malu. Rasanya tidak sanggup berdepan dengan dunia ini lagi.

“apa sebenarnya yang kau mahu hah?” tengking lelaki didepannya. Menyinga wajah lelaki itu memandangnya.

“kau nak duit?” soalnya. Namun tiada satu pun soalan yang dapat dijawab oleh Darmia kala itu. fikirannya kosong. Dia hanya tahu menangis kala itu.

“nah, aku dah tak nak tengok lagi muka kau lepas ni.” Dengan penuh kebencian lelaki itu melemparkan beberapa not RM50 ke mukanya. Terus lelaki itu berjalan masuk ke perut kereta. Malam bersejarah itu dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri tanpa dia tahu siapa pengantin lelakinya. Jika orang lain tengah berdebar menanti malam merangkak pergi, tapi dia menangis kesedihan. Didadanya penuh keresahan dan kegelisahan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Namun begitu dia turut mengatur langkah ke rumah papan milik ibunya.

“buat apa lagi kau balik sini? Berambus kau dari rumah ni. Pergi ikut laki kau” Salmah melemparkan sebuah beg ke tanah. Betul-betul dihadapan Darmia. Terkejut gadis itu dengan tengkingan ibu saudaranya yang tiba-tiba.

“Dia dah tinggalkan, Mia. Mana lagi Mia nak pergi Mak Ngah. Inikan rumah Mia” dalam esakan Darmia bersuara. Bergegas Salmah menuruni tangga. Memang sudah lama dia ingin menghalau gadis itu.

“padan muka kau. Lelaki tu pun tak hingin tengok muka gatal kau tu. Jijik.” Kepala Darmia ditunjal dengan hujung jarinya.

“apa salah Mia sampai Mak Ngah sanggup kata macam tu.” tangis Darmia.

“berani kau tanya salah kau ye. Kau dah conteng arang kat muka aku. Mana aku nak letak muka aku di hah? Aku bagi kau makan pakai, ni balasan kau ye, dasar manusia tak kenang budi” tubuh Darmia terasa sakit menerima serangan demi serangan dari Salmah yang bertubuh gempal itu.

“Mia tak salah Mak Ngah” rayu Darmia sambil cuba menahan serangan dari Salmah.

“sudahlah Mah. Biarkan budak tu” terdengar suara Salleh diruang tamu. Lelaki itu hanya memandangnya dengan senyuman sinis. Saat itu Darmia benar-benar rasa terhina. Semua orang menuding jari padanya sedangkan manusia yang sedang tersengih itu punca segala-galanya. Darmia benci. Benci pada semua orang yang seperti buta menilai. Salmah menghentikan perbuatannya

“berambus kau dari sini” jerit Salmah.

“ni rumah Mia. Mia ada hak” seluruh kekuatan di kumpulkan untuk menegakkan haknya. Pantas rambut Darmia ditarik.

“sakit Mak Ngah” rintih Darmia

“amboi sedapnya kau bercakap. Hak apa yang kau ada?. Hei,kau dengar sini baik-baik, mulai hari ini, kau bukan lagi darah daging aku. Jadi rumah ini bukan lagi milik kau. Kau faham?” tengking Salmah

“mana Mia nak pergi. Kasihanilah Mia, Mak Ngah. Mia dah tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ni. Tolonglah” sayu suara Darmia merayu. Kaki Salmah dipaut. Dia cuba menagih simpati.

“apa aku peduli semua tu. Suka hati kau lah mana kau nak pergi. Yang penting jangan tunjukkan muka kau depan mata aku ni lagi. Sakit tahu mata aku tengok perempuan gatal macam kau ni” kata Salmah sambil menunjuk-nunjuk matanya yang dibulatkan. Darmia masih terpaku di situ sambil menangis. meratapi nasibnya yang seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

“aku kata berambus” tempik Salmah. Terhenjut bahu Darmia akibat terkejut dengan jerkahan itu. Kali ini Darmia tahu dia sudah tidak ada peluang lagi. Dengan langkah longlai dia meninggalkan rumah pusaka arwah ibunya. Entah kemana dia hendak tuju. Dia sendiri buntu.

‘Hanya padaMu akan bergantung Ya Allah’ sayu hatinya meminta. Hanya pada tuhan yang satu di sandarkan harapan agar esok masih ada sinar untuknya.


P/S : p'cubaan p'tama..... CD di pblishkn smula dlm versi sama tp tlh diubah suai..... hrp anda t'hibur