Followers

Friday, August 10, 2012

KINI DI PASARAN

Assalamualaikum semua pembaca.....

Nani nak buat pengumuman penting untuk semua, order utk SETITIS KASIH DARMIA da di buka oleh SR PUBLICACATION..... kalau sesapa yg dah tak sabar nak baca novel ini, nani suggestkan g order cpt2 kat SR PUBLICATION (sila klik)

untuk makluman semua, kat popular dan kdai2 buku terpilih belum ada. Jadi nani suggestkan korg g order on9 .... FREE POSTAGE..... harga RM26.90....



jadi dari naniey, terima kasih byk atas sokongan dan keyakinan anda semua terhadap karya nani. nani masih lagi belajar untuk menjadi penulis yang baik. nani hargai segala komen atau sebarang kritikan yang membina dari anda sebagai membaca..... sekali lagi nani ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat anda yang sudi luangkan masa dan belanjakan wang untuk SETITIS KASIH DARMIA. harap anda semua terhibur

sekian

Salam sayang,

NANIEY TJ

Tuesday, August 7, 2012

SPECIAL EPISODE : SETITIS KASIH DARMIA


Berbulu mata Darmia melihat Anis Alisa yang dari tadi berkepit dengan Khairul Amir. Tak rimas ke. Dari petang sampai dah hampir tengah malam duk menempel. Bertanyakan soalan yang bermacam-macam. Kadang-kala yang remeh pun ditanyanya. Langsung tidak peduli jelingan Haliza. Khairul Amir pula nampak macam suka je. Lelaki biasalah. Siapa tak nak kalau free. Bebel Darmia dalam hati. Geramnya petang tadi masih belum reda.

‘Menyusahkan aku. Aku dah macam tunggul kayu duk tengok dioranag. Ish datang nak tengok drama free rupanya’. Dalam diam dia membebel sendiri. Dia hanya duduk diam di bangku. Kadang-kala tangannya menambah kayu api apabila api kelihatan makin malap. Langsung tidak menghiraukan perbualan antara tiga orang itu. Dia lebih suka membuat kerjanya sendiri. Melayan lamunnya sendiri. Panas pulak rasanya malam ni. Hatinya berbisik. Air di cawan masing-masing sudah hampir habis. Tak reti-reti nak tidur agaknya. Ngomel Darmia sendirian. Sudah beberapa kali dia menguap. Darmia menguap lagi.

“Mia mengantuk?” soal Haliza tiba-tiba. Kesian pulak dia melihat Darmia yang duduk diam tu. Lain benar perangai adiknya yang suka menggedik. Naik tebal wajah Haliza dengan sikap Anis Alisa. Darmia tersenyum.

“Pergilah tidur dulu”

“Manja sangat lah tu”sindir Anis Alisa. Mulutnya selalu laju jika berhadapan dengan Darmia. Banyak perkara yang terbuku dihatinya. Darmia ni selalu merosakkan rancangannya. Ingatkan nak bertiga saja berkhemah. Dapatlah dia meluangkan lebih masa dengan Khairul Amir. Ni tiba-tiba Darmia datang. Kacau. Khairul Amir pun banyak menumpukan perhatian pada Darmia walaupun hanya mata lelaki itu yang selalu menakal. Anis Alisa sedar hal itu. Geramnya terasa menggunung.

“Lisa....jaga sikit mulut tu!” marah Haliza.

“Pergilah tidur”ujar Haliza.

“Selamat malam, kak. Asalamualaikum” Darmia menyambung langkahnya. Perlahan terus dia berlalu dari situ. Langkahnya diatur ke khemah bewarna biru. Embun sudah mula turun ketika itu. Perlahan kelopak mata Darmia tertutup. Dia kepenatan.

****************

Darmia terjaga dari tidur. Terasa begitu panas. Bajunya telah basah dengan peluh. Di pandang di sebelahnya. Haliza dan Anis Alisa nyenyak tidur. Pulas benar Anis Alisa tidur. Entah pukul berapa mereka tidur semalam. Darmia memandang jam di pergelangan tangan Haliza. Sudah pukul 5 pagi. Perlahan Darmia keluar dari khemah. Tidak mahu menganggu lena Haliza dan Anis Alisa. Dibawa bersama beg galasnya.

**********

Udara sejuk masih mengcengkam tubuh Darmia ketika dia sudah berada di tepi air terjun. Sesekali bayu pagi menghembus dingin menyapa tubuh. Keadaan sekeliling masih gelap dan sunyi. Dia duduk di batu kecil. Lampu suluh di tangan dimain-mainkan. Cuba melihat sekeliling. Memastikan tiada sesiapa di situ. Kakinya Menguis-guis air jernih yang suam-suam kuku. Setelah memastikan keadaan di situ selamat, perlahan dibawakan air jernih itu ke tubuhnya. Merasai kehangatan air terjun di waktu subuh. Begitu selesa apabila air itu membelai kulitnya. Rambut yang panjang diuraikan dari ikatan. Darmia tersenyum sendiri. Perlahan dia turun ke air yang separas dada itu. Tidak begitu sejuk tapi menyegarkan tubuhnya. Darmia mula berenang-renang. sudah lama dia tidak berenang sebebas itu. Bermain-main sendirian. Air kelihatan tenang. Banyak bunga yang berguguran. Begitu cantik menghiasi permukaan air. Kunang-kunang juga masih banyak berterbangan menebarkan cahaya kuning kehijauannya. Berkilauan permukaan air apabila terkena cahaya itu. Darmia tersenyum sendiri. Dicapai sekuntum bunga yang gugur lalu diselitkan ke telinganya. Kicauan burung juga mula kedengaran. Darmia menyanyi kecil sambil mendongak ke langit memandang sekumpulan burung yang berterbangan bebas. Begitu rajin burung-burung itu. Awal benar mereka keluar mencari makanan. Darmia menyelam buat seketika. Tidak lama kemudian dia timbul kmbali. Membelai perlahan rambut panjangnya. Seronok dia bermandi-manda tanpa gangguan. Terasa tenang dan damai mengulit jiwa. Sedang asyik Darmia berenang tiba-tiba terasa tubuhnya dipaut dari belakang. Belum sempat dia menjerit, mulutnya sudah ditekup.

“Syhhhhh.... ni aku” bisik suara dari belakangnya. Khairul Amir. Ya, Darmia amat pasti suara garau itu milik Khairul Amir. Apa lelaki itu buat di situ?. Sejak Bila lelaki itu berada di situ?. Pelbagai soalan yang tak terluah bermain di minda Darmia. Bagai hendak pecah dada Darmia. Terasa deras benar jantungnya mengepam darah. Dup...dap.. Apa yang hendak dilakukan oleh lelaki itu padanya. Terasa tangan sasa Khairul Amir memaut erat pinggangnya di bawah permukaan air. Darmia kaku. Seluruh tubuhnya terasa menggeletar. Ketakutan mula menguasai diri. Terasa seram sejuk. Tubuhnya terasa bergesel dengan tubuh lelaki itu yang tidak berbaju. Lembut dan hangat ciuman Khairul Amir di leher Darmia.

“Kau cantik sayang. Secantik bidadari” bisik Khairul Amir lagi. Diusap perlahan rambut Darmia.

“Tolong jangan macam ni.”perlahan suara Darmia. Cuba mengawal getaran yang makin menggila. Darmia cuba meronta. Namun pautan lelaki itu begitu kemas.

I want you, honey.” Sentuhan Khairul Amir mula berubah rentak. Pautannya juga kian kemas. Hampir menangis gadis itu dilakukan sebegitu.

“Tolong jangan apa-apakan saya encik.” Rayu Darmia. Dia cuba meleraikan pautan di pinggangnya. Dengan sepenuh tenaga dia cuba menolak lelaki itu.

“Lepaskan saya.” Semakin kuat Darmia meronta semakin kuat pautan Khairul Amir. Baginya Darmia begitu cantik pagi itu. Dari tadi dia mengekori gadis itu. Kebetulan ketika Darmia berjalan meninggalkan khemah dia juga ingin keluar dari khemahnya mengambil udara pagi. Terasa panas berada di dalam khemah. Bimbang keselamatan Darmia yang berjalan sendirian menuju ke air terjun. Namun tidak disangka pagi itu dia berpeluang melihat kulit gebu Darmia yang hanya memakai t-shirt berlengan pendek dan rambut panjang gadis itu. Sungguh menyiurkan nafsu lelakinya. Dia sudah tidak mampu lagi mengawal keinginannya pada gadis itu. Keimanannya sudah lama roboh dek bisikan syaitan. Pantas tubuh Darmia dipusing menghadapnya. Redup mata Khairul Amir. Tak boleh jadi ni. Bisik hati Darmia.

“Lepaskanlah saya encik. Tolonglah. Jangan buat macam ni” suaranya sangat cemas. Darmia menolak tubuh Khairul Amir. Namun langsung tiada anjakan. Darmia menepis-nepis wajah Khairul Amir yang ingin mendekati wajahnya. Khairul Amir terasa pipinya pedih akibat terkena kuku Darmia

“Encik... tolonglah...ja..”bibir Khairul Amir bertaup dengan bibir Darmia. Lama. Darmia cuba mengumpul kekuatan. Dengan sepenuh tenaga dia menolak tubuh sasa Khairul Amir. Dia berjaya melepaskan diri. Pantas dia berenang ke tepi. Hatinya tidak henti-henti berdoa agar Khairul Amir tidak mengejarnya. Kakinya tergelincir ketika memanjat batu-batu yang licin. Terasa kesakitan menggigit apabila kaki tersebut terpijak pada batu yang tajam di dasar air. Terasa ada cecair yang mengalir dari luka di kakinya yang belum sembuh sepenuhnya.

“Mia...” ada satu suara memanggilnya. Silau mata Darmia terkena cahaya lampu suluh. Haliza berjalan perlahan ke arahnya. Dia cemas apabila Darmia tiada di sisi sewaktu dia mencelikkan mata tadi. Darmia menoleh ke belakang . Khairul Amir sudah tiada. Entah di mana lelaki itu bersembunyi. Darmia lega. Sekali lagi dia terlepas dari menjadi mangsa nafsu Khairul Amir walaupun dia tahu, lelaki itu halal untuknya. Tapi Darmia tidak sudi untuk membenarkan apa-apa pun berlaku antara mereka.

“Buat apa kat sini sorang-sorang ?”soal Haliza. terpancar kebimbangan di wajahnya.

“Mia panas kak, itulah datang mandi” ujar Darmia. Wajah pucatnya tidak dapat dilihat oleh Haliza dalam kesuraman cahaya.

“Bahaya tau Mia mandi sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa macam mana? Lain kali ajak akak sekali. Best jugakkan mandi pagi macam ni. Akak nak join la. Boleh?” ujar Haliza.

“Sejuk sangat lah pagi macam ni. Akak kan ada asma. Tunggu cerah sikit.”menggelabah Darmia memberi alasan. Keseronokannya punah. Moodnya mati untuk terus di situ.

“Lagipun Mia dah siap mandi ni. Akak tunggu kejap. Mia nak salin baju”ujar Darmia.

“Yelah” perlahan Darmia memcapai begnya. Selesai menukar pakaian, terus dia mendapatkan Haliza. berjalan beriringan dengan Haliza ke khemah.

*******************************

Khairul Amir menyibukkan dirinya menghidupkan unggun api ketika Darmia dan Haliza tiba. Dia berjaya melarikan diri tanpa pengetahuan Haliza kerana keadaan yang masih gelap dan terdapat banyak batu-batu besar di situ.

“Awal you bangun” Tegur Haliza. Darmia mencuka. Geram.

“You dari mana?” Cis pura-pura. getus hati Darmia geram.

“I cari Mia. You dah mandi ke?” soal Haliza. Bila melihat rambut Khairul Amir basah. Khairul Amir meraba kepalanya yang basah.

“Tak ada lah. Tadi I basuh kepala dengan mineral water. Sejuklah nak mandi pagi-pagi macam ni”ujar Khairul Amir bersahaja. Sejuk konon. Mahu saja ditampar pipi Khairul Amir. Biadap. Mengendap orang mandi. Bukan saja mengendap tapi lebih dari itu lelaki itu lakukan.

“Mia okey ke?” soal Khairul Amir. Selamba sahaja mukanya. Bagai tiada apa-apa yang berlaku. Darmia terus memandang Haliza. Meluat dia melihat lelaki hipokrit seperti Khairul Amir.

“Mia masuk khemah dulu. Panaslah kat sini”sengaja dia menyindir lelaki itu.

“Baru lepas mandi dah panas balik?”soal Haliza.

“Entahlah kak. Tak tahu la kenapa panas sangat kat luar ni. Mia masuk dulu ye” Haliza angguk sambil kakinya melangkah menghampiri Khairul Amir. Tanpa Haliza sedari, mata Khairul Amir galak meratah tubuh Darmia hingga gadis itu hilang dari pandangan. Terbayang-bayang kecantikan Darmia sebentar tadi. Rambutnya yang basah sungguh menggetarkan jiwa lelakinya.

“Eh, kenapa dengan pipi you ni. Calar”Haliza menyentuh kesan calar di pipi Khairul Amir yang masih nampak merah. Bagai baru.

“Auww.”Khairul Amir pantas mengelak apabila terasa pedih bila disentuh.

“I pun tak tahu. Mungkin kena dahan pokok masa I kutip kayu api tadi” Pandai benar Khairul Amir beralasan. Haliza hanya mengangguk sambil tersenyum membalas senyuman Khairul Amir. Dia percayakan lelaki itu. Langsung tidak dapat dihidu perbuatan sumbang Khairul Amir.

“Itulah, lain kali hati-hati. Habis muka you calar” lembut tutur Haliza.Terus dia membantu lelaki itu menyalakan api.

“Mir, mak I ada tanya. Bila you nak masuk meminang I?” soal Haliza tiba-tiba.

What? Meminang?” terkejut Khiarul Amir. Dia masih belum bersedia. Lagipun hatinya sekarang bagai sudah berpenghuni. Yang diketahui penghuni itu bukan Haliza.

“Kenapa you terkejut sangat ni?. Kan hari tu kita dah bincang and you janji nak bincangkan lagi hal ni. You lupa?”

“Tak, I tak lupa. But I need more time. I’m not ready yet” ujar Khairul Amir lembut.

“Tapi I dah bagi you banyak masa, Mir. Tak cukup lagi ke? You tahu kan umur kita makin lama makin tua. Takkan you nak tunggu umur I 40 tahun baru kita nak kahwin.”Haliza tidak senang hati. Sudah terlalu lama mereka menjalinkan hubungan cinta tanpa sebarang ikatan. Bimbang cinta yang disemai akan layu ditelan masa. Sewaktu Khairul Amir ingin mengikutnya pulang ke kampung hatinya begitu melonjak gembira. Dia ingatkan lelaki itu akan berbincang dengan ibunya berkenaan pertunangan mereka. Tapi nampaknya harapannya hancur bila jawapan itu juga yang asyik diulang lelaki itu. I need more time. Bagi Khairul Amir, dia mengikut Haliza pulang kerana dia bimbang Darmia tidak mahu kembali ke banglonya. Dia sedar dia banyak menyakiti hati dan perasaan gadis itu malah tubuh gadis itu juga pernah menjadi mangsa barannya. Entah kenapa hatinya meronta berkata begitu. Tanpa gadis itu dia terasa bagai ada sesuatu yang hilang. Tanpa gadis itu juga di rasakanhidupnya kosong. Dia sendiri tidak pasti bila rasa itu mula bertapak dihatinya.

“I tak boleh tunggu lagi, Mir. If you love me, you kena pinang I dalam masa terdekat. Semua saudara mara I dah tahu. Malu I Mir kalau tak jadi” rayu Haliza. ibunya sudah pun menghebohkan kepada satu kampng tentang pertunangannya walhal, perkara itu belum lagi ada hitam putihnya . Walaupun sudah banyak kali ditegah. Memang mulut ibunya sukar untuk dikawal. Ada saja yang ingin dihebohkan kepada orang kampung.

“I tak ada jawapan lagi buat masa ni. I’m really need more time.”

“Sampai hati you, Amir.” Kedengaran esakan kecil Haliza. Tidak dapat lagi gadis itu membendung rasa terkilan dengan sikap tarik tali lelaki itu.

“Liza, I tak kata tak nak pinang you, tapi I perlukan masa untuk bersedia.. Satu hari nanti, I akan pinang you. percayalah” Khairul Amir masih cuba meyakinkan Haliza.

“Tapi bila? Kalau you tak nak kahwin dengan I, you cakap terus-terang. Jangan buat I berharap dan tertunggu-tunggu. I dah letih dan I rasa I lah perempuan yang paling bodoh kat dunia ni. Menunggu buah yang tak pernah nak gugur” terus-terusan Haliza di belenggu emosi. Airmatanya begitu deras mengalir membasahi pipi. Khairul Amir menghampiri. Dipandang wajah Haliza lama.

“Ok, lepas kita balik KL, I akan suruh orang datang pinang you”pujuk Khairul Amir. Dia kalah melihat airmata gadis itu mengalir. Haliza terlalu tulus dengan cintanya. Tidak sampai hati rasanya untuk membiarkan airmata itu terus menitis pilu. Dia sayangkan Haliza dan tidak mahu gadis itu semakin berjauh hati. Haliza adalah tulang belakangnya. Tanpa sokongan gadis itu tidak mungkin dia akan sampai ke tahap sekarang.

“Tapi bila?” Haliza inginkan kepastian. Dia tidak boleh lepaskan Khairul Amir. Sudah terlalu banyak alasan yang lelaki itu berikan.

“Dalam masa terdekat” ucap Khairul Amir.

“I tak tahu bila masa terdekat bagi you. Mungkin setahun, mungkin juga bertahun-tahun. Kalau you terus macam ni, maksudnya you tak pernah sayangkan I” Haliza teresak-esak.

“I promise dalam masa sebulan dua ni” putus Khairul Amir. Dia tahu keputusan itu bakal menjerat dirinya tapi janji apa lagi yang dapat dia taburkan pada Haliza jika gadis itu sudah tidak memberi apa-apa peluang padanya lagi.

Promise?” Haliza pandang wajah Khairul Amir.

“yeah. I’m promise. Stop crying, please”pujuk Khairul Amir. Tubuh Haliza di peluk.

Thanks, Mir”ucap Haliza. dia kembali senyum dalam pelukan Khairul Amir. Lama mereka begitu. Tengggg...... sesuatu jatuh ke tanah. Khairul Amir dan Haliza tersentak. Perlahan pelukan dileraikan. Anis alisa berdiri tegak di hadapan khemah. Ada rasa kecewa yang menusuk kalbu. tiga cawan tembaga tergolek ke tanah. Anis Alisa sendiri tidak mengerti mengapa perasaan itu harus ada dalam hatinya. Dia tahu lelaki itu kekasih kakaknya tapi dia sendiri tidak dapat menghalang perasaan yang hadir pada pandang pertama. Pertama kali dia memandang Khairul Amir perasaan yang satu itu telah bermukim dihatinya. Yang memeranjatkan Khairul Amir, bukanlah pandangan Anis Alisa tapi Darmia yang berdiri di belakang adik Haliza yang hanya memandang selamba. Perlahan gadis itu berlalu dari situ membawa kendi. Dihadiahkan sebuah senyuman manis buat Haliza ketika melintasi sepupunya itu. Langsung tiada apa-apa reaksi lain. Berperasaankah Darmia? Hinggakan suaminya sedang memeluk perempuan lain pun dia tidak endahkan. Hati Khairul Amir berbicara. Sedikit-sebanyak dia berjauh hati melihat senyuman Darmia.

P/S : Nani da tunaikan janji... nak tahu kisah selanjutnya sama2 kita nantikan novel nani di pasaran k.... jangan lupa beli tau