Followers

Sunday, May 6, 2012

Cinta Darmia vs Cinderella


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aduhai... ramai sangat yang komen kata cerita ni macam cerita cinderella lakonan haliza Misbun dan Ahmad Idham yang pernah di tayanmgkan di tv3 ketika saya masih di sekolah rendah (kalau tak silap). Dulu cerita itu pernah hot. Ceritanya memang best dan saya mengaku saya pun tengok. tapi waktu tu masih kecil. Tak pernah pulak terfikir nanti saya nak tulis cerita sama dengan cerita tu.


Cinta Darmia saya tulis pada tahun 2007 ketika berusia 18 tahun dan cerita pertama yang saya taip ketika dapat laptop, hadiah daripada ayah. Kali pertama CD di postkan ke blog DESA ITU INDAH pada tahun 2009 memang ada pembaca yang komen cerita ini ala-ala cerita cinderella. Tetapi yang sebenarnya ketika taip cerita ini tak ada pulak saya terbayangkan cerita cinderella tu. Saya tak menolak kemungkinan pengalaman atau apa yang pernah saya lihat secara tidak sengaja menampakkan jalan ceritanya hampir sama.

Persamaan yang mungkin anda nampak antara cerita cinderella n CD adalah bagaimana hero dan heroin berkahwin. Heroin cuba diperkosa oleh bapa saudaranya dan akhirnya dia berjumpa dengan hero dan mereka di tangkap berkhalwat oleh orang kampung.

Tetapi perbezaannya adalah Darmia ditinggalkan suaminya selama 4 tahun. Haliza misbun ikut suaminya pulang dan diperkenalkan kepada keluarga sebagai orang gaji baru majikannya. Haliza Misbun menerima suaminya dengan rela. Darmia sentiasa menolak kerana baginya keluarga adalah segala-galanya.

Kelainan yang saya rasa tiada dalam cerita cinderella adalah pergolakkan dan krisis dalam keluarga . Bagaimana Darmia menghadapi kemarahan daripada Haliza dan Mak Longnya, Latifah setelah rahsia antara dia dan khairul Amir terbongkar secara tidak sengaja. Dalam CD banyak saya ceritakan mengenai rasa kasih dan semangat kekeluargaan. saya selitkan juga tentang dendam lama dan garapan cerita adalah hasil imaginasi penulis sendiri.

Nani tak kisah pun kalau pembaca nak kaitkan CD dengan cerita tu tapi nani rasa nak buat penjelasan, CD adalah berbeza daripada cerita cinderella. Mungkin ada yang merasakan jalan ceritanya hampir sama tetapi percayalah CINTA DARMIA adalah berbeza daripada CINDERELLA kerana penulis skrip CINDERELLA dan menulis novel CINTA DARMIA adalah orang yang berbeza.


Kalau anda nak tahu kesudahan CINTA DARMIA, sama atau tak dengan drama Cinderella, sama-sama kita nantikan SETITIS KAIH DARMIA di pasaran. nani nantikan komen-komen anda tentang novel sulung nani tu. Nanti bila dah diterbitkan akan nani maklumkan pada semua. sama-sama kita memberi kritikan yang membina supaya nanti nani dapat hasilkan karya yang lebih baik.


luv u'll

Naniey TJ

10 comments:

aqilah said...

yg pasti, akak pasti beli novel ini!!!!!!!!!!!!! Tahniah!!!!!!!!!!!!!

wawa said...

jalan cerita lebih kurang... kahwin kena tangkap khalwat...tp byk plot x sama la dik... dun worry...

A.N.Shakirah said...

x apa..saya x kesah pun, cinta darmia mmg best, x sabar nk tggu nvl setitis kasih darmia keluar..rindu sngt nk baca kisah darmia ni :) all the best k.nani

Salina Azni said...

tk kisah org nk kata apa, Nani... akak tetap beli novel CD ni... citer ni happy ending,kn...

Miss Butterfly said...

blom start bace lg.. nk bace la.. huhuhu

Anonymous said...

dhia

nani, novel Cinta Darmia ni keluaran syarikat apa yer? senang nak cari kat kedai buku nanti..hehehe

Naniey TJ said...

TERIMA KASIH pd akak-akak yg sentiasa bg sokongan... lap u'll ketat2...

PD ADIK ANNOY yg bertanya.... insyaallah CD akan terbit d bawah SR publication... sykt siti rosmizah.... insyaallah

Anonymous said...

bila novel cd akan keluar???
dah tak sabar nk beli novel ni...

Anonymous said...

salam

bila nak keluar novel nye... lama lagi ker..

si yellow said...

akak..sy da baca..sgt best..suka dgn penulisan akak..:)..congrats..SKD akan jd koleksi kesayangan saya..:)