Followers

Thursday, February 23, 2012

CINTA DARMIA 12


“Jangan buat macam ni pak cik tolonglah”Darmia merayu.

Salleh tersengih. Tidak dihiraukan langsung rayuan anak saudaranya itu. Malam ni isterinya tiada. Sudah lama dia mendambakan tubuh gadis yang meningkat remaja itu.

“Mari sini sayang” Salleh sudah membuka pakaiannya. Bagai singa kelaparan dia memandang Darmia.

“Jangan pak cik tolonglah” Darmia merayu. Tiba-tiba mata Darmia tertangkap gelas yang berisi air teh panas yang baru dibancuh di atas meja berhampiran dengannya. Terus dicapai gelas tersebut lalu tubuh Salleh yang tidak berbaju itu disimbah. Tubuh gempal Salleh yang menghalang laluannya ditolak sekuat hati. Menjerit lelaki itu kesakitan. Pantas Darmia berlari meninggalkan rumah arwah ibunya itu. Dikuatkan hatinya meredah malam yang gelap pekat. Rasa takut pada Salleh mengatasi rasa takutnya pada malam yang pekat itu. Laju lariannya. Salleh mengejar dari belakang. Darmia takut. Dipandang ke kiri dan kanan. Langsung tiada sesiapa. Hujan yang sejak petang turun masih tidak berhenti. Tiba-tiba mata Darmia terasa silau dek suluhan lampu kereta. Darmia terjelupuk jatuh. Matanya terpejam rapat. bagai menunggu ajal datang menjemput. Lama mata itu terpejam. Perlahan dibuka. Silau matanya terkena suluhan lampu kereta yang ada beberapa inci lagi daripadanya. Dia bernasib baik kerana tidak dilanggar. Mujurlah kereta itu sempat menekan brek. Seorang pemuda keluar dari kereta itu.

“Tolong saya encik. Tolonglah”Darmia merayu. Hanya pemuda itu yang boleh menolongnya daripada perbuatan Salleh yang cuba memperkosanya. Lengan pemuda itu dipaut kuat.

“Cik, Cik tak apa-apa ke?” soal pemuda itu.

“Dia cuba perkosa saya. Tolong saya encik”teresak-esak Darmia menangis.

“Masuklah dulu dalam kereta saya. Hujan lebat ni”ucap pemuda itu. Pemuda itu menolong Darmia berdiri. Dibuka pintu kereta sebelah pemandu. Darmia hanya menurut. Sekurang-kurangnya dia terselamat daripada Salleh.

“Cik tak apa-apa ke?” soal pemuda itu lagi. Tercalit segaris kerisauan diwajahnya. Darmia geleng. Dia masih teresak-esak. tubuhnya menggeletar kesejukan. Bajunya terkoyak sedikit akibat cengkaman Salleh. Darmia langsung tidak memandang pemuda itu. Matanya kabur dek airmata yang enggan berhenti. Kenapa nasibnya tak habis-habis dirundung malang. Kenapa dia perlu berhadapan dengan nafsu buas bapa saudaranya.

“Nah pakai ni.” Arah pemuda itu menghulurkan sweaternya kepada Darmia. Dipandang lama wajah gadis yang sedang menangis didepannya itu. Timbul rasa kasihan. Rambut gadis itu basah dan menutupi sebahagian wajahnya. Namun masih jelas sebahagian lagi wajah gadis belasan tahun itu dimatanya.

“Cik, tinggal dekat mana? Saya hantarkan.”pujuk pemuda itu lembut.

“Jangan. Tolonglah jangan hantar saya balik. Saya tak nak. Saya takut” pantas Darmia menjawab. Bagai terkena kejutan eletrik. Pemuda itu terdiam. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.Tiba-tiba terdengar cermin tingkap kereta diketuk. Darmia terkejut begitu juga pemuda itu. Perlahan tingkap disebelah pemandu diturunkan.

“Kamu berdua buat apa kat sini” soal ketua Kampung Baru. Pak Daud.

“Saya tolong dia, pak cik” ujar pemuada itu.

“Tolong? Tolong apa kat tempat sunyi dan gelap ni” soal Pak Daud lagi. Ada beberapa lagi lelaki di belakang Pak Daud. Orang-orang masjid barangkali.

“Kita bawa diorang ke surau. Encik ikut kami ke surau.”arah Pak Daud. Pemuda itu masih tercenggang. Masih tidak faham apa yang berlaku.

“Tapi kenapa pak cik? Apa kesalahan saya?” soal pemuda itu tidak puas hati.
“Apa salah kamu? Kamu tak belajar agama ke kat sekolah? Berdua-duaan dengan bukan muhrim kat tempat gelap, sunyi pulak tu. Tak salah kata kamu? Ni dah dikira khalwat” soal Pak Daud agak geram dengan soalan pemuda tadi.

“Maaflah pak cik, tapi saya rasa ada salah faham kat sini. Saya tak buat apa-apa pun dengan dia. tadi saya hampir....” belum sempat pemuda itu menghabiskan kata, bicara terus di pintas.

“Sudah jangan nak bagi alasan macam-macam. Kami ni ada mata. Boleh percaya ke kamu tak buat apa-apa dengan keadaan Mia tu macam tu” Pak Daud menjeling Darmia yang diam membisu bersama tangisan.

nonsense. Awak, boleh tak cakap sesuatu?” Pemuda itu cuba meminta simpati Darmia. Namun Darmia membisu seribu bahasa. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Belum hilang rasa takutnya kini dia berhadapan lagi dengan situasi yang menyesakkan jiwanya. Apa harus di lakukan. Dia sendiri buntu.

“Sudah!. Ikut kami ke surau. Kita selesaikan kat sana” ujar pak Daud tegas. Pemuda itu kelihatan bengang dengan tuduhan Pak Daud dan sikap Darmia yang enggan bersuara. Namun dia tetap menuruti langkah mereka ke surau.

BAB 14

“Apa kau buat kat anak saudara aku hah” marah Salleh. Salleh takut andai perbuatannya diketahui. Pemuda yang cuba menerangkan duduk perkara sebenar terus-terusan dilemparkan tuduhan.

“Tak payah nak bagi alasan macam-macam encik. Kami dah faham sangat dengan helah orang macam encik ni. Duduk berdua-duaan itu dah dikira berkhalwat.” perli salah seorang lelaki di situ. Darmia terus menangis. Dia bertambah takut.

“Awak ada saksi yang mengatakan kami berkhalwat?” soal pemuda itu membela diri.

“Saya nampak tok, dia cuba buat tak elok pada Mia. Saya saksinya” bohong Salleh.

“Saudari tolonglah bagitahu tentang orang yang ingin perkosa saudari”rayu pemuda itu. Namun Darmia hanya diam bersama esakan yang jelas kedengaran. Dia takut dengan Salleh. Tidak berani untuk memberitahu perkara sebenar. Mata salleh yang tajam memandangnya bagai memberi amaran. Tapi dia kasihan melihat pemuda itu yang dari tadi diperli.

Please, tell us. I bag you” rayu lelaki itu lagi.

“Perkosa? Betul ke ada yang cuba perkosa kamu? Siapa? Cakap kat tok” Pak Daud pandang Darmia. Namun gadis itu hanya tunduk tanpa sepatah kata.

“Nak kata apa lagi? Itu semua alasan diorang je nak lepaskan diri. Kita nikahkan saja diorang ni. Tok tak nampak ke keadaan Mia tu macam mana. Dah sah diorang buat benda tak elok” terus-terusan Salleh menabur fitnah. Pak Daud memandang beberapa penduduk kampung yang berada bersama. Bercakap-cakap dan berbincang seketika bagi menyelesaikan masalah. Akhirnya...

“Husin. Kau panggil kadi Kasim datang. Kami dah putuskan malam ni jugak kamu berdua kena nikah. Sebagai ketua kampung, saya tak nak kampung saya tercemar dengan perbuatan tak bermoral kamu berdua.”ujar Pak Daud.

“Saya tak setuju. Pak cik belum kenal lagi saya siapa” tegas pemuda tersebut.

“Saya tak perlu tahu kamu siapa. Di kampung ni saya yang berkuasa. Mahu atau tidak kamu kena bertanggungjawab pada Darmia” balas Pak Daud.

“Saya setuju Tok. Nampaknya anak saudara saya ni dah gatal sangat nak berlaki sampai sanggup buat benda tak elok dengan lelaki ni”pantas Salleh menyokong.

“Mia tak nak, Pak Daud” akhirnya Darmia bersuara. Semua mata memandangnya.

“Apa kau cakap?” Salleh berang.

“Tolonglah Mia tak nak kahwin dengan dia. Mia tak kenal langsung siapa dia. Dia tolong Mia. Sebenarnya...”

“Mia!!!!!” belum habis Darmia berkata-kata satu tamparan kuat mengenai pipinya. Salmah yang baru tiba memandangnya tajam. Darmia terpana. Pipinya terasa perit.

“Budak tak guna. Kau dah conteng arang kat muka aku. Dasar budak tak kenang budi” marah Salmah nyaring. Sekali lagi penamparnya hinggap di pipi Darmia.

“Mia tak salah mak cik” Darmia cuba membela diri. Pipinya yang terasa perit diraba perlahan. Airmata bagai hujan yang bercurahan jatuh ke bumi.

“Apa yang kamu buat ni salah, Mia” Pak Daud masih tenang menutur kata. Dia seolah-olah meragui kata-kata Salleh. Tapi dia tidak tahu bagaiamana ingin menolak kata-kata Salleh sedangkan dia bersama beberapa orang kampung melihat sendiri Darmia dan pemuda itu berdua-duaan dalam kereta dengan tingkah laku yang mencurigakan. Dia tidak mahu nama kampung itu tercemar dengan perbuatan buruk. Selaku ketua kampung dia perlu menjaga keamanan dan kesucian kampung itu daripada perbuatan maksiat.

“Pak Daud percayalah. Mia tak pernah buat apa yang Pak Daud sangka tu” ucap Darmia lagi.

“Diam. Dasar anak hingusan. Ini semua salah mak kau. Tahu beranak tapi tak tahu nak ajar anak” marah Salmah. Dia dapat agak perkara sebenar. Bukan dia tak sedar bagaimana Salleh memandang anak saudaranya itu. Tapi dia tak mahu memalukan Salleh. Dia sangat menyayangi Salleh. Lagipun dia malu pada orang kampung. Semua orang tahu Salleh seorang yang baik. Tapi pada hakikatnya Salleh talam dua muka. Salleh binatang yang bertopengkan manusia.

“Mak cik jangan hina arwah mak saya” suara Darmia meninggi bila hal ibunya dibangkitkan.

“Aku kata diam” tengking Salmah. Salleh tersenyum puas. Salmah selalu menyokongnya. Orang yang ramai datang hanya memandang. Tiada siapa yang sudi membantu. Malam itu juga Darmia dinikahkan dengan pemuda yang bernama Khairul Amir. Pemuda itu juga sama sepertinya. Kecewa dengan sikap orang kampung yang langsung tidak prihatin. Antara rela dan terpaksa mereka terpaksa menerima ketentuan dengan hati yang berat. Hanya tangisan penemannya sepanjang malam. Dan malam itu juga dia ditinggalkan oleh seorang lelaki yang telah sah menjadi suaminya. Perginya entah kemana. Perginya juga tanpa sepatah kata untuk seorang gadis yang bergelar isteri. Hanya beberapa keping not 50 dilempar ke muka Darmia dengan penuh kebencian. Dia umpama digantung tidak bertali oleh lelaki itu. Apa yang menyedihkan dirinya dia dihina dan dicaci oleh Latifah sepuas hati. Salmah juga menghalaunya pergi dari kampung itu. Hanya Opah yang sudi menerima dirinya. Opah sanggup menulikan telinga apabila ada suara sumbang berkata bukan-bukan mengenainya.

Darmia terus menangis dibiliknya. Rasa takut masih menebal di htinya. Langsung tidak keluar untuk makan. Saja memberi alasan tidak sihat. Tiba-tiba Darmia meraba tengkuknya. Tiada. Rantai pemberian opah tiada di lehernya. Pantas bilik diselongkar. Tetapi tidak bertemu. Mesti tercicir di sana. Darmia terduduk dibirai katil. Apa yang aku nak buat. Bisik hati Darmia hiba.


BAB 15

Khairul Amir berbaring di katil empuk miliknya. Rantai ditangannya dibelek lama. Cantik. Terbayang wajah gadis yang di tinggalkan empat tahun lalu. Tidak sangka dia akan bertemu lagi dengan gadis yang bernama Darmia itu. Masih terbayang diruang matanya peristiwa empat tahun dahulu. Ketika itu dia dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan sahabatnya di Kampung Hulu Mas. Tiba-tiba keretanya hampir melanggar seorang gadis yang muncul secara mendadak dari balik semak di tepi jalan. Nasib baik dia cepat brek. Dia keluar dari kereta. Rasa marah dan bimbang terasa membuak-buak namun marahnya hilang apabila melihat gadis itu sedang menangis dan entah mengapa gadis itu memaut lengannya erat sambil meminta tolong. Rasa kasihan pula dia melihatnya dan di ajak masuk ke kereta. Niat untuk menghantar gadis itu pulang tidak menjadi dan akhirnya dia pula yang mendapat malu hanya kerana niat baiknya. Dia geram. Marah. Benci. Baginya Darmia memang sengaja memasang perangkap. Tapi untuk apa?. Dia bertanya sendiri. Sedangkan Darmia langsung tidak mengenalinya. Padahal malam itu Darmia merayu-rayu agar mereka tidak dikahwinkan. Oleh kerana rasa marah yang meluap-luap, Khairul Amir membaling wang kertas bernilai RM200 ke muka Darmia diluar surau sebelum dia meninggalkan gadis belasan itu. Langsung tiada rasa kasihan. Dia meninggalkan Darmia setelah pasti tiada sesiapa di situ. Masih diingati airmata Darmia yang mengalir laju tatkala dia meninggalkan gadis itu. Dia pulang ke Kuala Lumpur dengan rasa sebal. Langsung tiada rasa bersalah meninggalkan gadis yang sudah bergelar isteri itu dan selepas beberapa hari dia bertolak ke United Kingdom untuk menyambung pelajarannya. Hingga kini rahsia itu tersimpan kemas di ruang memorinya tapi untuk masa hadapan dia tidak pasti adakah rahsia itu akan terus tersimpan rapi atau mungkin akan terbongkar. Mengapa perempuan itu perlu muncul disaat begini. Saat dia sudah hampir lupa peristiwa pahit itu. adakah dia datang menagih tanggungjawab dari aku?. Rahsia yang dia sendiri gerun untuk mengakuinya. Tapi mana mungkin dia mampu menolak apa yang sudah tersurat. Dia sudah memegang gelaran suami hampir empat tahun yang lalu.


p/s : insyaallah akan keluar ke versi cetak pada bulan Mei.... nani akan postkan spesial episod sebelum pengeluarannya... pada yang telah membaca... terima kasih atas sokongan dan penantian anda....

4 comments:

IVORYGINGER said...

wow!!! xsabar nk tunggu ceta ni keluar on may nnti. cepat la masa berlalu.

Anonymous said...

xsabar nak baca novel u ni...memang best....lamenye nak tgu bulan mei..huhuhu

Cik SHiNJU said...

Mcm drama Cinderella..

Eunhae DieLa said...

mmg mcm citer cinderella.. bile part kena kahwin.. msti lps nie dyeorg jmpe kat uk .. kalu xsama tkr la skits jln citer nie... samade darmia smbg blaja kat universiti ke..